Berani dan bertimbang rasa perlu seimbang

Nama saja sekolah agama, tapi macam sekolah sekular. Getus seorang ayah yang sudah beberapa bulan tidak membayar yuran pengajian anaknya.

Luahan hati 

Seorang pengetua meluahkan kegusaran beliau pada saya. Apa perlu buat Ustaz? Adakah patut diambil tindakan atau berdiam sahaja? Sudah beberapa bulan tak bayar yuran. Tapi bila kita ambil tindakan, dilemparkan pelbagai tohmahan.

Sekat saja pengajian anak itu

Bagi pengetua yang berjiwa pendidik, menyekat pengajian seseorang pelajar adalah amat tidak wajar bagi dirinya.

Sekiranya berterusan tidak membayar yuran, akan menyebabkan sekolah terpaksa menanggung bebanan kerana ini bukan masalah seorang dua sahaja. Dalam masa yang sama, pengajian si anak juga perlu diberi perhatian agar tidak terjejas.

Berani dan bertimbang rasa secara seimbang 

Prof. Hrand Saxenian mendefinisikan tentang kematangan adalah “keupayaan meluahkan perasaan dan pendirian sendiri, dengan mengambil kira fikiran dan perasaan orang lain”.

Bila melibatkan sekolah agama, sekiranya ada tindakan yang sedikit keras, langsung dituduh dengan pelbagai label. Seperti sekolah agama perlu menjadi pihak yang akan sentiasa mengalah.

Untuk menjadi matang, perlu juga bertindak matang. Manusia boleh berkata apa saja. Namun orang yang yakin di atas jalan kebenaran pasti tidak gentar dengan perkara yang menghalang dirinya daripada menuju redha Allah. Perlu mengambil sikap berani. Dalam masa yang sama, berlaku adil. Biar manusia lain merasa rahmat ketika bersama kita.

Saya dan saudara adalah saudara seagama 

Hubungi melalui telefon sudah, makluman melalui whatsapp sudah, notis pun sudah. Ia hanya akan bertambah baik sekiranya dapat diadakan pertemuan dan perbincangan. Si ayah mungkin ada alasan yang tersendiri. Begitu juga sekolah yang ada alasannya tersendiri. Hakikatnya baik sekolah mahupun si ayah, kita semua secara fitrahnya suka pada kebaikan dan perkara yang mendatangkan kebaikan. Sikap kita mungkin berbeza-beza kerana masing-masing ada cara pandang dan nilai yang sama.

Saudara dan saya sama. Kita adalah muslim, kita adalah hamba Allah, kita sama-sama impikan kebaikan. “Sesungguhnya mukmin itu bersaudara, perbaikilah antara satu sama lain”.

Saya mungkin boleh ambil tindakan terhadap saudara, dan saudara mungkin boleh berkata apa saja pada saya. Namun dasarnya, kita pasti boleh mencapai kata sepakat dengan segera kembali kepada Allah.

Semoga masalah Tuan dengan si ayah tersebut dapat diselesaikan.

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Hanya kerana 45 sen

Hari raya kedua, tak banyak kedai yang buka. Nak masak, kena guna minyak masak. Alhamdulillah, ada kedai yang buka. Namun

Close