Pendakwah Air Kacang Soya 40

Tapi, jika kamu betul-betul berhajat untuk bahagikan hasil ke dalam tabung program, kita kena jelas betul-betul berapa pembahagian tu. Senang nanti” Sambung Abang Fandi
Takpe, nanti lepas daripada program, kita bincang la nak bahagi macam mana” Kata Nas
Abang kurang setuju. Lebih baik jika urusan-urusan sebegini direkodkan. Terutamanya apabila ia berkaitan dengan wang. Ia akan lebih mudah dan teratur. Barulah boleh jadi usahawan profesional” Kata Abang Fandi. Pengalamannya bekerja dan berurusan dengan syarikat besar banyak mempengaruhi cara beliau berfikir
Lagipun, kalau kamu dah praktis awal-awal, ia akan memudahkan kamu berdua nanti. Bila perniagaan kamu bertambah besar, perkara-perkara sebegini perlu dititikberatkan” Kata Abang Fandi lagi
Mereka terus bertukar-tukar pandangan. Ini merupakan perkara baru yang Din dan Nas pelajari dalam praktis perniagaan.
Hmm.. kalau begitu, daripada hasil jualan, kita bahagi 70-30 ok? Maksudnya 30% dari hasil jualan akan disumbangkan ke dalam tabung program” Cadang Din
Nas dan Abang Fandi bersetuju dengan cadangan Din. Selepas itu, Abang Fandi menaip dokumen persetujuan tentang pembahagian hasil jualan. Dokumen ini ditandatangani oleh ketiga-tiga mereka. Setiap dari mereka menyimpan salinan
Wah, ni barulah menepati standard ISO” Gurau Abang Fandi
Din dan Nas tersenyum, bersetuju dengan apa yang dicakapkan oleh Abang Fandi.
Ok la bang, kami dah nak kena balik ni. Petang ni nak berniaga. Nak mengemas barang sikit” Kata Nas, meminta izin pulang ke rumah.
Ok, jumpa lagi, insya Allah. Assalamu`alaikum” Kata Abang Fandi
Wa`alaikumsalam” Jawab Din dan Nas

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pendakwah Air Kacang Soya 8

<div style="margin-bottom: 0in"> <span>Setelah selesai mencatat, Din berkata &ldquo;Sekarang ni kita perlu cuba buat air kacang soya dalam bekas besar

Close