As-Siyaam Junnah…Siri 2

Antara perkara yang melanda umat Islam kini:

  • Ada yang tidak bersedia dari segi emosi untuk menghadapi Ramadhan seperti tidak gembira dengan kehadiran dengan bulan penuh berkat ini. Malah ada yang sedih kerana warungnya nanti ditutup atau business-nya nanti akan berkurang hasilnya!
  • Ada yang tidak bersedia dari segi fizikal di mana tidak tahan lapar dan dahaga atau mengurangkan pengambilan makanan yang berlebihan.
  • Ada yang tidak bersedia dari segi rohani di mana amalan solat, bacaan al-Quran serta semua perkara bersangkut dengan keimanan tidak dimajukan bagi menyambut bulan ini.

Apakah kesan apabila tidak bersedia? Ramadhan dianggap sebagai bulan yang penuh sengsara dan tidak menyeronokkan. Datangnya Ramadhan bukanlah kerana keberkatan bulan ini tetapi kerana adanya Syawal selepas itu. Inilah perkara yang perlu diperhatikan dan dibaiki agar kita mampu menjadikan puasa sebagai junnah dalam kehidupan. Kita amat memerlukan junnah ini.

Adakah dengan berpuasa maka ia akan mendapat junnah tersebut? Ya, dengan syarat semua aspek junnah dipenuhi. Apakah aspek-aspek junnah tersebut? Kalau perisai perlu diangkat dan dihalakan kepada musuh pada masa yang sesuai agar diri tidak tercedera, bagaimana pula dengan puasa? Apakah ciri puasa yang akan menjadi junnah sehingga kita akan selamat di dunia da akhirat? Kita akan ikuti jawapan dari ar-Rasul.

bersambung siri 3

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Saya tulis, saya ingat

Ada beberapa orang bertanya: bagaimana untuk mengingati apa yang kita akan baca? Sebelum mampu mengingat, bagaimana untuk memberi fokus kepada...

Close