Cabaran siang dan malam


Saya baru sahaja menonton satu klip yang dikongsikan oleh kawan. Ia berkaitan introvert. Saya terpanggil untuk mengkaji cabaran untuk kumpulan extrovert dan introvert. Kumpulan extrovert ada cabaran dengan pengurusan malam. Orang introvert ada cabaran menguruskan siang. 


Mengapa saya katakan begitu ?

Individu extrovert suka bercakap dengan orang. Kalau boleh ingin bercakap sampai ke malam. Kehidupannya dengan bercakap. Demam kalau tidak bercakap. Malah kalau demam pun masih boleh bercakap.

Individu introvert lain pula. Demam kalau disuruh bercakap. Kalau boleh dielak untuk bekerja yang banyak cakap. Masa malam adalah masa untuk kurang bercakap – disukai oleh individu introvert.

Mana personaliti yang bagus ? Dua-dua bagus. Namun kalau boleh, diusahakan kedua-duanya mengikut keadaan. Semua insan ada kedua-dua sifat ini. Cuma binalah kekuatan dengan personaliti masing-masing.


Katakanlah (wahai Muhammad): “Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri / personaliti; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya”.

 Cabaran extrovert ialah banyak cakap tapi tak buat. Cabaran introvert ialah banyak idea tapi tidak mampu dilaksanakan. Asalkan menjadi kenyataan dan mengubah dunia dengan kebaikan, kedua-dua ini ada manfaat yang tersendiri. Umar dan Ali wakil extrovert. Abu Bakar dan Uthman wakil introvert. Sehinggakan Nabi mengakui Uthman kerana sifat pemalunya yang tinggi.

Seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Orang yang paling kasih sayang dari umatku ialah Abu Bakar, dan paling teguh dalam memelihara ajaran Allah ialah Umar, dan yang paling bersifat pemalu ialah Uthman.” (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al-Hakim, At-Tirmidzi).

Facebook Comments:

Leave a Reply

Read previous post:
Bila legasi diperlukan ?

"Buat apa susah-susah, jaga sahaja keperluan sendiri." tanya Ahmad. "Keperluan kau siapa yang jaga ?" tanya kawan Ahmad. Memang benar...

Close