Pengurusan Siang, Pengurusan Malam

Ketika saya menyemak kursus oleh ProductiveMuslim pada bulan Ramadhan 1432 ini, saya kagum. Salah satu topik yang dibicarakan ialah ‘Time Management during Ramadhan’ dan ‘Energy Management (Sleep + Nutrition)’. Adakah manusia diciptakan untuk bertindak dan berjuang pada kadar ‘more, bigger, faster’?  Tidak menurut Tony Schwartz ketika ditemuramah. Beliau seorang Yahudi yang mempunyai asas kuat dalam kehidupannya. Bagaimana pula dengan panduan Islam?

Bulan Ramadhan adalah bulan ‘sharpen the saw’. Ia akan menjadi bekalan selepas Ramadhan. Bagaimanakah sifat Ramadhan? Siang tahan lapar dan dahaga, malamnya diisi dengan ibadah pelbagai. Namun ia tidak menidakkan peranan siang untuk mencari nafkah, dan malam untuk menjadi ‘pakaian’.

Siang perlu diuruskan dengan baik, malam juga perlu diuruskan dengan baik. Kerana tujuan malam dan siang itu sudah tersedia di dalam Surah an-Naba’ :

8. dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang

9. dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat

10. dan Kami menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)

11. dan Kami menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) – masa untuk mencari rezeki

12. dan Kami  membina di atas kamu tujuh petala (langit) Yang kuat kukuh

 

Malam adalah pakaian kerana ia akan menutup kelemahan yang ada di samping menutupi siang. 23 kali Allah mengulang perkataan ‘libaas’ dalam Quran.

Fungsi pakaian

Pakaian banyak fungsinya. Dengan Allah menjadikan malam, ia perlu digunakan untuk menutupi pelbagai kelemahan. Manusia penuh kelemahan fizikal  – ditutupi dengan tidur. Kelemahan intelek ditutupi dengan berfikir. Kelemahan emosi ditutupi dengan kasih sayang dan bersama keluarga di malam hari. Kelemahan spiritual akan ditutupi oleh tahajud dan bacaan al-Quran.

Jadi malam bukan sahaja untuk tidur, tetapi ia juga masa untuk mengembalikan diri kepada asal agar esoknya mampu untuk mencari nafkah kehidupan. Kehidupan siang penuh dengan urusan eksternal – menguruskan wang / harta, ilmu, kuasa/ sosial dan akidah bersama manusia. Panduan menguruskannya boleh diperoleh daripada Surah al-Kahf. Pada waktu malam, salah satu rujukan  ialah Surah Maryam dan Surah al-Muzammil.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Apa yang saya harapkan Ramadhan tahun ini

Ramadhan 1432 sudah menjelma. Ini ialah catatan diri saya untuk Ramadhan. Moga ia bermanfaat untuk diri saya. Jika ada yang

Close