Cepatnya perlu membaca Surah al-Kahf sekali lagi

Beberapa minggu ini, saya merasakan membaca Surah al-Kahf seperti sering hadir setiap minggu. Baru sahaja membaca seperti semalam, hari ini perlu baca lagi. Adakah kerana saya kurang membaca Quran atau ada sesuatu mesej yang perlu difahami? Yang pasti, seruan untuk membacanya amat penting pada setiap Jumaat dengan penuh tadabur.

Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum’at.” (HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6470)

Apa yang berlaku ketika membaca sesuatu yang perlukan kita ‘percaya’ ialah semantik atau makna sebenar ‘percaya’ itu sendiri. Ia mempunyai kesan pada sistem kepercayaan, sistem pandangan hidup, sistem nilai dan amalan harian. Jika ia dibaca pada setiap minggu, itu adalah amalan atau tabiat yang digalakkan oleh Nabi secara praktikal. Asas pengamalan tersebut ialah kerana ‘percaya’ pada Nabi.

Apabila seseorang berbuat sesuatu atas dasar mengikut Nabi, ia boleh dikategorikan outside-in atau inside-out. Outside-in jika ia berbuat mengikut orang lain tanpa asas. Inside-out jika ia memahami sebenar-benarnya apa yang dilaksanakan itu dari ilmu dan kepercayaan . Tidak semua orang ada ilmu yang dalam, tetapi benih kepercayaan yang ada itu jika disemai akan menatijahkan sistem pandang dan nilai yang benar.

Sistem kepercayaan ini perlu dinaiktaraf dan diperincikan dari semasa ke semasa sesuai dengan ujian yang hadir. Jika ia tidak diperincikan dan dijadikan relevan kepada diri dan orang di sekeliling, ia akan menjadikan sesuatu itu tidak dianggap kebenaran mutlak. Perincian itu tidak sama antara satu sama lain, namun perlu cukup untuk menjawab segala ujian yang bakal datang.

Atas dasar itu, perlu ada beberapa perkara yang perlu ditekuni dalam mendalami sesuatu yang kita percaya  :

  • Apakah maksud sebenar dalam pelbagai dimensi kehidupan dan ujian
  • Bagaimanakah ia dilihat kaaffah dan dalam masa yang sama kita mampu menghargai tahap-tahap untuk mencapai aspek kaaffah tersebut
  • Bagaimana menangani pelbagai dimensi dan pendapat tentang sesuatu isu kepercayaan
  • Apakah tenaga dan sumber yang diperlukan untuk mengusahakan sistem kepercayaan benar itu mendarah daging dalam sistem diri manusia
  • Apakah masa yang diperlukan untuk memahami dan menjadikan sesuatu itu inside out
  • Bagaimana channel atau how untuk menyampaikan sesuatu itu agar konsep dari seseorang mampu dipindahkan kepada individu lain bagi mencapai hidayah al-bayaan (hidayah di peringkat manusia)
  • Apakah cabaran untuk segala sistem kepercayaan tersebut
  • Sering mencari ruang praktikal bagi setiap teori atau konsep dari sistem kepercayaan yang ada.
Semoga kita akan dapat menghargai setiap ayat Quran untuk di’pecahkan’ kodnya sehingga memberi kesan kepada jiwa nurani.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Adakah kerana aku berfikir secara sistemik …

Saya membandingkan pelbagai reaksi manusia dalam program dan di luar program. Saya merasakan mereka memang bagus berinteraksi dengan segala cabaran

Close