CASIC ketika bersama diri sendiri


Apabila kita bersama orang lain, kita perlu memberi keutamaan PIES. Ketika bersama diri sendiri, kita perlu mengutamakan aspek SEIP untuk memastikan diri kita kurang pilihan dalam memberi excuse. Mari kita lihat lebih jauh tentang perkara ini – satu persatu dalam aspek CASIC.

Contoh dalam Connect

Apabila bersama diri sendiri, kita perlu selalu mencari inisiatif atau proaktif untuk connect dengan manusia di sekeliling. Yang lebih utama ialah Allah. Apabila seseorang memulakan connection yang baik dengan Allah, ia akan melahirkan pelbagai impak positif – dan ini akan memberi kesan besar pada orang di sekeliling. Ingat kepada Allah ini – secara ringkas ialah dengan mengingat kepada Allah, Ar-Rahman dan Ar-Raheem secara PIES. Namun lebih dari itu, ia dijelaskan oleh 99 Nama Allah yang lain.

Atas dasar itu, apabila seseorang melihat kepada ash-Shakuur, Allah Maha Bersyukur. Maka ia akan menyebabkan seseorang hamba rasa patut bersyukur kepada Allah – dengan diterjemahkan kepada orang lain. Ia akan berlaku secara lumrah. Makin luas pemahaman nama ini di peringkat individu tersebut dalam bentuk pengalaman dan teori, maka ia akan meningkatkan lagi kesan untuk Serve di peringkat masyarakat.

Banyak masalah dan monolog diri ?

Itu sebenarnya adalah peluang untuk seseorang berujar dan berdiskusi dengan apa yang Allah telah letakkan dalam Surah al-Fatihah sebagai ummul kitaab. Sebagai induk, pasti ini akan memberi panduan untuk kita – disingkatkan dalam bentuk CASIC.

Jika dalam monolog diri , terlintas perkara berikut:

I have a puzzle in my head, most of the people that I met (friends and colleagues and family members) will tell me I can do stuff or achieve stuff at it best or I am good at this and that when I dont know myself where those come from. I mean, are they mocking me or just kidding and at times I took it as an insult because what they seems to imply is something that I did not see happenning in me. I just think they blow things out of proportion.

Are they being harsh or am I being hard on myself?

Sebenarnya, dalam melihat penyataan di atas, ada beberapa poin dalam CASIC:

  1. C – sebagaimana dalam poin 1, kata-kata perlu diikuti tindakan. Teori perlu resonans dengan praktik. Jika tidak connect antara kedua-duanya, ia masih tidak dianggap sebagai satu kebenaran. ia juga terhubung pada pelbagai dimensi: fizikal, intelek, emosi dan spirituil.
  2. A – berfikir positif pada Allah. Maka ia akan menyebabkan seseorang positif pada apa yang manusia sebutkan. Berfikir positif atau husn az-zoon bukan bermaksud kita percaya membuta tuli. Tetapi ia adalah kata-kata yang memerlukan tindakan. Iktiraf bahawa anda boleh buat yang terbaik ini penting kerana inilah potensi manusia untuk bersifat ihsan, dan sememangnya kita dijadikan dengan sebaik-baik kejadian (ahsani taqweem). Bekalan untuk ahsani taqweem ialah spirituil/ruh/iman.
  3. S – kita adalah hamba. Hamba memohon pertolongan dari Allah, bukan hanya bergantung kepada perspektif sendiri yang terhad dalam menilai kemampuan.
  4. I – doa dan doa agar Allah memberi kekuatan melaksanakan. Penilaian manusia – jika negatif, itu kelemahan mereka. Jika positif, ia adalah datang dari Allah yang menampakkan mereka dengan kaca mata positif. Kaca mata positif ialah kaca mata ruuh yang sejahtera. Kaca mata negatif ialah daripada syaitan – yang sering meniupkan was-was dalam diri manusia.
  5. C – kita ada pilihan. Kita perlu juga beri pilihan. Namun ada satu jawapan yang paling tepat pada setiap set pilihan. Lantas apa pilihan yang diberikan oleh rakan? Awak percaya atau tidak. Pilihan pada diri? Awak percaya atau tidak bahawa anda mempunyai potensi. Jika diambil pada pilihan ‘percaya’ pada perkara positif, ia akan menyebabkan kita maju. Kalau hal yang negatif dipandang positif pun akan membaiki seseorang, apatah lagi jika kita tahu kebenaran berasal dari Allah yang kita mampu fahami dan laksanakan usaha untuk membaiki selepas itu.

Inilah antara praktik CASIC dalam bermonolog dengan diri – terutama jika seseorang menghadapi masalah. Moga Allah beri kita kekuatan untuk terus connect dengan Allah – kerana itu cara short cut tanpa perlu menghafaz pelbagai prinsip yang kekadang lupa ketika jiwa lemah.

Facebook Comments:

Leave a Reply