Beberapa topik penting jati diri untuk penceramah dan jurulatih

Apakah yang perlu disentuh jika anda diminta untuk memberi ceramah atau latihan tentang jatidiri? Adakah jatidiri Melayu atau Cina atau India yang perlu dibangkitkan? Sudah tentu tidak. Itu hanya perbezaan fizikal. Kalau Melayu, Cina dan India ialah perbezaan intelektual, emosi atau spiritual, si penceramah atau jurulatih perlu belajar dahulu apa erti manusia. Atas dasar itu, saya ingin berkongsi beberapa soalan penting untuk jatidiri sebagai panduan saya dan mereka yang perlu menyampaikan kepada umum.

Mengapa perlu tahu jatidiri?

Antara sebabnya ialah kerana jatidiri ini akan makin matang apabila dewasa. Seorang pemimpin yang baik ialah individu yang mengenali dirinya. Bagaimana mahu kenal ? Jatidiri perlu dimantapkan. Kalau ia tidak utuh, ia akan menyebabkan seseorang itu hilang pedoman dalam menjadi pemimpin. Ia akan melahirkan individu yang lemah estim untuk membuat perubahan bagi membina legasi.

Apakah soalan-soalan membina jatidiri?

  • Apakah potensi dalam diri saya
  • Adakah saya perlu ‘sensitif’ pada pendapat orang atau abaikan sahaja ?
  • Antara fizikal, intelek, emosi dan spiritual, manakah yang paling utama?
  • Kalau saya sedar paling utama, bagaimana mahu fokus kepada yang utama agar saya tidak ekstrem dalam hidup seharian ?
  • Saya dari mana ? Untuk apa di sini ? Saya akan ke mana?

Dalam dunia latihan, perkara berikut perlu diambil kira:

  • Orang berumur suka berfikir dan kemudian diikuti aktiviti ringan
  • Orang muda ingin aktiviti mencabar dan kemudian barulah dikaitkan dengan teori atau fikir
  • Orang bijak atau tinggi intelek suka teori dan model, kemudian laksanakan sesuatu yang mencabar minda
  • Orang yang menjadi pentadbir atau pelaksana SUKA buat sesuatu (task oriented), dan rasa serta nampak kejayaan itu
  • Semua orang suka kepada perkara yang disukai, kemudian mencabar, kemudian akan mempersoalkan nilai baru yang perlu diubah (jika perlu) – ini ialah kaedah ACKNOWLEDGE
  • Mengenal potensi perlu bersifat praktikal – samada dengan aktiviti semasa program atau mengenang kembali cerita lama (appreciative inquiry)
  • Apabila sesuatu aktiviti menggamit emosi dengan teras intelek atau teori yang baik, ia akan menyebabkan peserta ingat sesuatu program.
Moga kita terus mampu membina jatidiri dalam diri kita.

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Saat akhir itu pasti

"Saya terkilan. Hari pertama beliau sakit, saya sibuk tidak sempat ziarah. Hari kedua, hari ketiga juga saya sibuk urusan pejabat.

Close