Antara membina keluarga dan sistem keluarga

“Ayah nie … Asyik kerja sahaja…”

“Bila lagi ingin bermanja. Orang lain ada pergi jalan-jalan.”

Bagi sebuah keluarga, berapa banyak perlu jalan-jalan atau perlu makan di luar atau berada di rumah ? Kalau setakat membina sebuah keluarga, sudah tentu kehidupan si suami dan isteri hanya berfokuskan kepada keluarga sendiri sahaja. Namun membina sistem keluarga lebih mencabar. Sebuah keluarga ada sistem yang perlu disedari. Sistem kewangan, pendidikan dan sosial akan memberi kesan secara langsung samada sedar atau tidak.

Saya pernah beremail dengan Syeikh Omar dari Chicago.

assalamualaikum

sheikh
is there any guidance on how much time need to spend for personal, family, career, dakwah etc?
Thanks

Berikut ialah balasan beliau:

Everything comes at a sacrifice.  So, let’s say you are trying establish a company, there is no way around lack of family time.  The two important ones are your personal time, and the time you give to your goals  (Can’t be more then a few).  The concept of entertainment in Islam is to spend time with the family.  Teaching kids should be fun, and spending time with the wife should be fun too.
As for the family there are two ways to do it.  One is to do it spontaneously, and one is to schedule it in; this would depend on the personality and situation.  Quality time would be when the conversations are beyond day to day things like bills, etc.  Eating times with family is very important.  To focus on family issues after isha is the sunnah.
There should be personal time after fajr.  A simple but effective routine can be to memorize the Quran.  Any extra spiritual exercise can be added like fasting, etc.  The most drastic change one wants, the more spiritual things need to be added.
As for Career or your goals, this where one spends the most energy.  Salah is injected through out  the day.  When one is tired— one has fun with the family and friends.  At work always have study time.
Wasalam,
Hope that helps

Ketika diperhatikan kepada kisah Imam Shafie dan orang-orang yang berjaya dalam tradisi Islam, sememangnya amat jelas bahawa mereka menggunakan amat banyak masa untuk melaksanakan tugas harian di luar. Namun dalam masa yang sama, aspek keluarga tidak ditinggalkan. Suami ketua di luar rumah, isteri ketua utama dalam rumah. Ini adalah formula terdahulu sehingga tugas pendidikan ini boleh disemak kepada ibu Imam Shafie yang memberi anaknya bekalan dan amat bersungguh untuk membesarkan Imam Shafie.

Suasana berbeza?

Adakah si ayah tidak perlu lagi menjadi ketua di luar rumah untuk meneguhkan sistem kehidupan masyarakat seperti aspek ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya ? Sudah tentu dahulu dan sekarang masih sama.

Si ayah diperlukan untuk memantapkan sistem pendidikan agar apabila si anak keluar nanti untuk belajar di sekolah, sistem yang ada adalah sistem yang akan melahirkan anak soleh. Bukan sekadar soleh di rumah dididik si ibu, namun rosak dimusnahkan oleh guru atau kandungan pelajaran yang kurang berteraskan tauhid.

Sayang si ayah adalah dengan berinteraksi dengan si anak secara langsung dan tidak langsung. Secara langsung di rumah tetapi lebih banyak masa diperlukan untuk berinteraksi dengan si anak secara tidak langsung. Si anak bukan hanya akan tinggal di rumah tetapi akan hidup di luar jagaan si ayah ibu setelah berusia 12 atau 17 atau 25 tahun.

Adakah suasana sudah berbeza di mana si ibu tidak lagi perlu bertanggungjawab secara penuh mendidik si anak ? Jika disemak kepada ibu Nabi Muhammad, beliau menyerahkan si anak kepada Halimatus Saadiah untuk disusui dan mengajar adab. Tradisi Arab ini adalah satu tradisi yang popular. Ini tidak bermakna si ibu tidak mendidik – tetapi ada sebab lebih besar seperti didekatkan si anak kepada suasana damai kampung dan diajar bahasa yang baik.  Isu ibu bekerja sekarang tidaklah menjadi masalah dengan syarat kasih sayang itu tetap dicurahkan kepada si anak.

Kembalikan tugas utama

Jika di syarikat atau organisasi ada struktur dengan tugas tertentu, ia malah menjadi amat penting bagi sesebuah keluarga.

Si ayah perlu tahu tugasnya. Si ayah perlu ada masa di rumah tetapi bukan selalu ‘diikat’ di rumah. Malah lebih teruk kalau si ayah sendiri ‘mengikat dirinya’ di rumah pada waktu tidak bekerja sehingga surau hanya dilawat semasa bulan Ramadhan atau solat Hari Raya. Memahami tanggungjawab si isteri untuk mendidik anak di rumah perlu diluaskan. Biarlah usaha kuat dan tidak putus-putus untuk membahagiakan keluarga di rumah.

Bagi si ibu, tugas mendidik anak amat penting di rumah tetapi perlu juga difahami si anak tidak akan kekal di rumah.

Seorang kawan saya mendidik anak amat baik dengan solat berjemaah dan berakhlak mulia. Hari pertama si anak menjejak kaki ke sekolah, terus mendapat perkataan ‘babi ‘ apabila marah kepada adiknya. Adakah salah si ibu lagi ? Si ayah pula bertanggungjawab menyiapkan sekolah yang sesuai untuk si anak. Kalau si ayah tidak mencari sumber kewangan atau tidak endah sistem pendidikan apa yang dipakai di sekolah, bersiaplah untuk menjawab di hadapan Allah anak yang dididik. Doa anak soleh yang kita perlukan bukan sahaja ketika beliau sekolah agama tahun 6 dengan doa yang standard dibacakan, tetapi kita perlukan doa itu ketika si ayah atau ibu sudah berada di bawah tanah. Mungkinkah si anak masih soleh kalau sistem kehidupannya penuh dengan riba, maksiat dan munkar ?

Harga yang perlu dibayar

Untuk semua pembahagian struktur suami isteri di atas, ada harga yang perlu dibayar. Ia bukan sekadar terhasil dan dilihat dalam masa  sehari dua. Ia adalah usaha berterusan bertahun-tahun. Jika si suami ingin selalu memeluk si anak atau si isteri ingin si suami berada di rumah sahaja, ia mungkin sukar dicapai. Betulkah ‘sayang isteri tinggal-tinggalkan’ yang menjadi antara syarat saya ketika bernikah dahulu ?

Ya Allah, lindungilah keluarga kami!

Artikel ini ialah sebahagian daripada isi kandungan latihan Sinergi Keluarga Bahagia. Info lanjut di www.akademisinergi.com

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Momentum di waktu pagi

Ali sering bangun pagi dan mengelakkan tidur kembali selepas subuh. "Kau bolehlah, tidur awal," kata kawan serumahnya. "Haah. Kami susah

Close