Tahu 1+1 tidak mampu membina sistem keluarga

Ramai yang makan. Ramai yang tidur. Ramai yang kahwin. Ramai yang mengakhirkan hayatnya.

“Uish, ramainya orang kahwin. Ramai umat Nabi”

Ada sisi posisi bila mendabik sebagai umat Nabi. Namun semudah itukah membina keluarga? Apa beza dengan membina sistem keluarga?

Jika zaman Nabi, pembinaan keluarga dilihat amat penting. Seruan dalam al-Quran untuk bernikah dan amanah yang dipikul amat sering diberi perhatian. Amanah membina sistem keluarga sama penting dengan seruan bernikah itu sendiri – untuk mengelakkan kancah dosa dan maksiat. Kalau belum kahwin, nikah penting untuk mengelakkan dosa dan maksiat. Selepas kahwin, nikah penting untuk dijaga bagi mengelakkan dosa dan maksiat kepada ahli keluarga yang dibina.

Beza membina keluarga dan membina sistem keluarga

Ramai yang tahu bagaimana mengira. Namun kemahiran mengira sehingga terbina KLCC atau binaan hotel tinggi adalah sesuatu yang memerlukan kemahiran tambahan agar disusun segala ilmu matematik yang disekalikan dengan ilmu lain.

Begitulah membina keluarga dan membina sistem keluarga. Sistem keluarga bak sebuah bangunan. Sekadar tahu 1+1 = 2 tidak mampu membina KLCC. KLCC ialah lambang sebuah sistem binaan. Binaan keluarga memerlukan pelbagai ilmu dan kemahiran. Berpada dengan ilmu setahun jagung untuk menjadi pasangan dan penjaga yang baik samalah seperti berpada dengan 1+1=2 untuk membina KLCC.

Sistem keluarga yang mantap diasaskan kepada kefahaman menyeluruh elemen sebuah keluarga – gabungan beberapa individu. Setiap individu ada potensi fizikal, intelek, emosi dan spiritual.

Sistem keluarga ialah kemampuan memahami dan menguruskan 4 potensi ini dengan dinamik yang pelbagai. Ia mencabar, tetapi itulah hasil sebuah binaan yang bersistem. Kita hidup bukan sekadar mahu mengira lidi sahaja. Kita mahu mengira berapa daya dan ketumpatan batu yang akan melambung tinggi membina KLCC keluarga.

Pada bab fizikal, seorang ayah atau ibu perlu tahu bagaimana menguruskan kesihatan, kewangan dan alam sekitar.

Pada bab intelek, seorang ayah ibu perlu tahu mengembangkan ilmu , kemahiran dan potensi setiap ahli.

Pada bab emosi, si ayah ibu tahu berinteraksi cara terbaik sesama pasangan, bersama anak dan komuniti.

Pada bab spiritual, si ayah ibu mampu memahami apakah matlamat hidup dan bagaimana ia dibina ke arah satu warisan yang kekal hingga ke akhir hayat dan mampu dibawa ke dunia seterusnya.

Semoga kita mampu untuk membina sistem keluarga.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Catatan berkenaan Cerita

Ada banyak fakta dan perkara menarik tentang cerita. Ia adalah satu teknik yang penting untuk difahami dan dimahirkan. Mari kita

Close