Bila agama dan profesional membawa rancu

Saya mengenali seorang tokoh agama. Saya ingin bertemu dengan beliau untuk berbincang poin perbezaan dengan beliau. Beliau enggan dan mengelak. Saya minta pasukan saya jumpa. Beliau enggan dan mengelak. Namun beliau akan memberi komentar ‘dari belakang’ tanpa solusi tuntas.

Saya juga ada mengenali golongan profesional yang cara berinteraksi tidak seperti mana yang diharapkan. Ada juga orang ke surau yang akhlaknya ‘ambil makanan berbuka puasa banyak’ dan ‘bungkus plastik letak di motor’ padahal ramai lagi tidak dapat makanan berbuka puasa.

Apakah kurang iman di surau? Apakah kurang iman menjadi seorang ustaz yang menyampaikan Quran atau Sunnah atau berceramah? Apakah kurang ilmu pada si profesional?

Oh bukan. Ketiga-tiga ini mempunyai cara berfikir yang tidak tepat. Asyik terbabas ketika berfikir dan merasakan logik atau algoritm mereka tepat.

Amat penting memberi perhatian kepada kemahiran berfikir yang membawa kepada humility – kehambaan. Kerana kita adalah hamba Tuhan yang Satu. Ulul Albab akan membawa seseorang itu intellectual humility. Merendah diri pada bab intelek.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Amat lama tidak perhati legasi

Salah satu amalan saya laksanakan setiap minggu atau paling kurang setiap 2 minggu atau bulan ialah memerhari kepada garis masa

Close