Catatlah di tempat yang sesuai

Sekarang zaman Facebook dan Whatsapp. Peluang mencatat dan menyampaikan apa sahaja di mana-mana. Malah seawal bangun tidur atau on the way ke tandas kalau terjaga dari tidur, seseorang boleh memberi komen di Facebook. Baguskah? Fahamkah seseorang konteks yang sesuai untuk memberi komen atau ‘berdialog’ pada waktu begini?

Zaman dulu, kalau tidak puas hati, tiada tempat untuk meluahkannya terus. Kita akan bermonolog dulu, atau menulis di diari atau bercakap pada orang terdekat. Kini monolog selepas bergaduh atau ketika mabuk boleh sahaja tersebar kepada rakan di bahagian sebelah benua sana. Amat mengerikan tragedi ini.

Dengan teknologi ini, tanpa panduan untuk menggunakannya, seorang isteri boleh tag si suami tanpa cakap apa-apa di rumah. Atau si suami boleh tulis pelbagai status tanpa mengambil hati si isteri. Atau seorang ustaz boleh menghentam ustaz atau orang lain. Atau seorang doktor boleh sahaja dihentam oleh orang lain yang mustahil berlaku zaman dulu kecuali mesti berdepan.

Apa panduan untuk menghadapi perkara ini agar kita tidak stres?

  • Jangan benarkan si pembawa negatif hadir ke wall anda. Komen pasal isteri orang sebelah tidak melambangkan si pemberi komen lebih berilmu dan tinggi statusnya. Malah itu lambang lemah sabar dan adab.
  • Kita sendiri tidak akan memberi komen negatif di wall orang lain. Ini media sosial. Tempat kita bina rakan, bukan lawan.
  • Nak tulis sesuatu di wall orang lain? Semak dulu niat dan emosi pada waktu itu. Kalau selepas 30 saat status itu dibaca akan menambah kawan, silakan.
  • Jangan tulis untuk niat menyerang atau mengajar-mengajar.
  • Walaupun ada niat berbuat amar makruf nahi munkar, jangan berikan soalan atau komen yang merendah-rendahkan orang lain. Hebat sangatkah kita dengan ilmu yang ada.
  • Kalau ingin menulis status atau komen banyak, tulis di wall sendiri. Atau blog. Orang yang ada blog lebih konsisten menulis ideanya dan lebih bertanggungjawab kerana ia mudah untuk disemak. Ia juga ruang intelek yang lebih baik berbanding media sosial yang sebenarnya lokasi membina kawan. Bukan membantu syaitan bermusuh dan melakukan dosa.

Moga Allah lindungi kita daripada mencatat atau membuat komen ‘amar munkar dan nahi makruf’

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Bila agama dan profesional membawa rancu

Saya mengenali seorang tokoh agama. Saya ingin bertemu dengan beliau untuk berbincang poin perbezaan dengan beliau. Beliau enggan dan mengelak.

Close