Twit Tarbiah

Mungkin ramai tidak biasa menggunakan Twitter. Ia adalah software baru alam maya di mana saya dan anda boleh menulis dengan 140 huruf atau kurang. Ia adalah SMS versi web. Boleh diterima di cell phone? Boleh. Ia boleh juga dibaca di web atau laman Twitter anda. Yang penting anda tahu setting-nya. Lantas saya terfikir, bukankah menarik kalau Twit Tarbiah diwujudkan. Apa gunanya ? Untuk tarbiah. Pasti anda akan mendapat manfaatnya.

Beberapa perkara berkaitan Twitter

Ia adalah SMS versi web. Ia boleh menghantar 140 patah huruf ke web atau SMS anda. Ia juga boleh digunakan sebagai ruangan chatting slow motion. Ia boleh dijadikan ruangan untuk berkongsi. Ia sesuatu yang baru, lebih baru dari Facebook. Tetapi penggunaannya sudah meluas.

Antara ciri lain Twitter:

  1. Anda boleh pilih samada apa yang anda tulis appear di khalayak ramai atau ia hanya boleh dibaca oleh Followers anda.
  2. Ia membenarkan anda follow sesiapa sahaja yang sudah menggunakannya, samada anda kenal atau tidak.
  3. Anda boleh menyatakan ayat, apa yang anda buat, apa yang anda fikirkan dan pelbagai lagi yang boleh dimanifestasikan dengan 140 huruf. Pendek tetapi bermakna.
  4. Ia boleh menghasilkan ‘buku’ jika anda menggunakan kaedah penulis Twit Writing.

Lantas saya merasakan perlu dimanfaatkan teknologi ini untuk kebaikan kita semua. Twit Tarbiah.

Twit Tarbiah – Pengenalan

Apakah  Twit Tarbiah ? Ia cuba untuk berkongsi dengan anda apa sahaja yang berkaitan dengan tarbiah. Anda boleh baca di kanan web ini secara real time, dan Insha-allah setiap hari, ia akan di-compile dan menjadi satu entri baru di laman ini. Jika anda follow http://twitter.com/almuntalaq , anda boleh berkomunikasi dan bertanya soalan (walaupun tidak semestinya mendapat jawapan kecuali kalau ia sesuai untuk dijawab dan masa yang ada).

Apa perlu dibuat?

Sila http://twitter.com/almuntalaq dan bina akaun. Selepas itu tekan butang Follow. Jika anda ada web sendiri, boleh diletakka widget untuk Twitter.

Apa pun, ia mampu atau tidak dimanfaatkan bergantung kepada sejauh mana kita menggunakannya. Semoga berjaya.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Model Follow Up MISG Selepas JM

Selepas Jaulah Murabbi (JM) di kawasan Timur US, banyak pemerhatian yang saya dapat buat. Banyak perkara yang bagus dan banyak

Close