Author: Fazrul Ismail

Umum

Jigsaw Taqwa dan Mati dalam Islam ? Merenung Tragedi Gaza

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” (Surah Ali Imran, 3:102)

Dalam Tafsir Jalalayn, dinyatakan bahawa ada sahabat bertanya, siapakah yang mampu untuk melaksanakan taqwa untuk mendapat mati dalam Islam kerana taqwa itu adalah sesuatu yang berat. Maka ayat ini dimansuhkan dengan ayat al-Quran Surah 64:16 yang menyatakan ‘bertaqwalah semampu kamu’.

 

Read More
Umum

Obama menuntut bela teroris bayi

Serangan Israel ke atas Palestin bukanlah kali pertama. Bukan kali kedua. Tetapi ia adalah sesuatu yang berlaku lama sebagai bukti permusuhan antara umat Islam dan bukan Islam. Kali ini, mungkin Obama diharapkan memberi perlindungan kepada bayi-bayi Palestin. Namun ia adalah harapan meleset. Boleh diharap sebelum ini tetapi selepas mendapat vote umat Islam, beliau terus melupakan ‘change’ yang dilaungkan sebelum ini. ‘Change’ itu hanyalah untuk membaiki periuk nasinya sahaja. Bukan untuk berfikir lebih universal tentang hak bayi yang ada di Palestin. "Tidak akan ridha umat Yahudi dan Nasrani, hinggalah kau mengikuti mereka…"

Read More
Umum

Aku bangun pagi 7 Nov 2008 ? Di mana Obama?!

Nggak aneh pak, kalo Indonesia tidak "dipedulikan" oleh Obama, walaupun dia di-elu2kan di Indonesia atau dia pernah tinggal di Indonesia. Dalam perspektif pergaulan internasional, Indonesia (pasca Sukarno) memang tidak lagi dikenal dan Obama, bagaimanapun asal-usulnya tetap orang Amerika. Indonesia saja yang berharap terlalu besar untuk diperhatikan oleh Obama.
Salam

Itulah kata dalam satu milis. Dengan ikon senyuman,  Imam Muhammad al-Shareef menulis bahawa beliau tidak terlampau beratkan pemilihan presiden Amerika kerana beliau adalah rakyat Kanada. Tapi yang dilihatnya 3 ciri penting dalam kejayaan Obama dan ini dinyatakan dalam lamannya DiscoverULife :

Read More
Umum

Merancang kehidupan?

Tentu kita ingin merancang kehidupan. Merancang untuk kejayaan. Tetapi kekadang dalam kesibukan harian, ada yang tidak pasti – apakah persediaan yang perlu disiapkan? Nak beramal,  sudah sibuk. Ada pula yang ingin beramal, tetapi tidak cukup kekuatan atau tidak cukup resource yang ada. Apakah penyelesaiannya? Jawapan saya : ilmu.

Read More
UmumKoleksi ST-Gallery

I reverse back USD 95?!

Saya memerhati kepada akaun Bank of America. Ada overdraft fee yang dikenakan. Bukan sekali. Tetapi 3 kali. Pertama USD25. Kedua USD 35. Ketiga USD 35. Lihat-lihat akaun, tak de pula yang tidak cukup fund. Saya memang pastikan duit cukup, baru berbelanja. Pelik bin ajaib. Malah overdraft fee yang dikenakan juga tidak sama. Kalau mahu tolak, pasti fee-nya sama. Makin pelik. Saya telefon Bank of America. Memang pantas dapat bercakap dengan customer service, dan individu tersebut menyatakan ‘I reverse back USD95’. Semudah itu? Alhamdulillah. Itu sahaja? Tiada ucap maaf? Atau saya yang patut rasa bersyukur – dapat semula USD 95?

Read More
Umum

Kepentingan Model Multi-Dimensi PIES dalam Kehidupan

 Dalam kehidupan seharian, pelbagai cabaran yang datang melanda. Ujian yang diberikan oleh Allah kepada manusia makin kompleks bergantung kepada kemampuan dan anugerah yang Allah berikan kepadanya. Jika seseorang itu punya intelek yang tinggi, pasti ujian yang diberikan juga mempunyai dimensi intelek yang tinggi. Kalau tinggi dimensi spiritualnya, akan makin tinggi ujian yang akan diberikan. Namun yang pasti, ia bukanlah terpulang kepada masing-masing menetapkan neraca kemampuannya. Itulah wujudnya akhirat di mana masing-masing cuba mencapai standard bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Tanpa akhirat, masing-masing boleh memilih sendiri tahap kejayaan masing-masing di atas muka bumi ini.

Read More
Umum

Anda bersedia untuk berjaya?

Anda ingin berjaya? Saya yakin anda ingin berjaya dalam kehidupan. Kejayaan itu boleh sahaja di dunia atau di akhirat. Kejayaan untuk menjadi kaya. Kejayaan untuk berkeluarga dan banyak lagi. Tapi satu isu yang paling besar dalam hidup ini ialah ramai yang tidak bersedia untuk berjaya. Tidak bersedia untuk berjaya ? Bagaimanakah kondisi atau keadaan mereka yang tidak bersedia untuk berjaya ? Mari kita fahami Surah al-Mukminun sekali lagi. Tetapi kali ini kita memerhati ciri-ciri persediaaan dalam menuju kejayaan. Belajarlah tips ini sebagai panduan di bulan Ramadhan penuh berkah ini dalam meneruskan kehidupan seterusnya.

Read More
Umum

Selepas lama tidak menulis..

Sudah lama saya tidak menulis di sini. Sejak 7 Jun 2008 sehinggalah hari ini 26 Ogos 2008. Saya ‘merantau’. Merantau ke mana? Jauhkah saya merantau sehingga lebih 2 bulan ? Apakah ada masalah internet sehingga lebih 2 bulan tidak dapat menulis di laman ini, yang kunjungan pelawat tetap ada setiap hari? Jawapannya: saya merantau memang jauh. Seantero dunia dan pelbagai cara. Namun bukanlah secara fizikal. Saya merantau dengan intelek, emosi dan spiritual yang dikurniakan oleh Allah untuk lebih memahami senario dunia yang terjadi. Dan kini saya ingin menulis kembali. Berkongsi pengalaman ‘pengembaraan’ tersebut.

Read More
Umum

Saya nak derma dengan pahala banyak …

Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang rakyat Cina yang pernah duduk di Arab Saudi dan kini bekerja di California. Beliau amat brilliant dalam menggunakan ilmu programming , marketing  dan ilmu agamanya dalam menyampaikan dakwah. Beliau baru-baru ini mencadangkan saya memahami lebih lanjut The Tipping Point. Beliau menggunakan teori tersebut untuk dakwah yang dilaksanakan kini. Saya akan berkongsi dalam artikel baru saya ‘Siapa Sangka Saya Boleh Derma 1 Juta?’ Tunggu…

Read More