Author: Fazrul Ismail

SERIWAJAHKoleksi ST-Gallery

SERIWAJAH – Memahami elemen menuju kejayaan

SERIWAJAH  adalah kependekan kepada sosial, emosi, rohani, intelek, wang, alam dunia, jasmani, alam akhirat dan hijrah. Ia adalah model dalam menerangkan elemen menuju kejayaan yang diperlukan oleh setiap individu. Dalam model ini, terdapat 4 elemen asas dalam diri individu dan 4 elemen lagi adalah elemen luaran yang perlu dimahirkan bagi merealisasikan tujuan kejayaan yang ingin dicapai. 4 elemen luaran ini ialah wang, sosial, alam dunia dan akhirat. Hijrah adalah elemen yang bersandaran dan berkait rapat dengan setiap elemen tadi.

Read More
SistemikKoleksi ST-Gallery

Habis Minyak 2 Kali

Kali ini, saya memandu van seorang kawan. Van itu agak lama tetapi ia banyak berkhidmat kepada individu seperti saya yang masih belum berkenderaan. Insha-Allah dalam masa terdekat, saya akan mendapatkan satu agar mudah dan tidak perlu saya meminjam-minjam hak orang lain.

Ketika berada di pintu pagar belakang Bukit Jalil Technology Park, tiba-tiba van itu tersengguk-sengguk dan berhenti. Lampu merah menandakan minyak habis menyala. Ya Allah!…

Read More
ModulKoleksi ST-Gallery

KuK Merentasi SERIWAJAH

Kemahiran untuk Kejayaan (KuK) adalah modul asas di Noble Vision Consultants. Ia adalah gabungan pelbagai elemen untuk berjaya di dunia dan alam seterusnya. Ia dikaitkan dengan JERIWA, SERIWAJA, SPESIS dan yang paling mutakhir, SERIWAJAH. KuK adalah modul teras yang bersifat 'open source' di mana sesiapa sahaja boleh berkerjasama dengan kami di NVC untuk menjalankan program ini dimana-mana sahaja, seluruh Malaysia dan dunia. Mari kita dalami apakah yang menarik berkaitan dengan KuK.

Read More
SistemikKoleksi ST-Gallery

0 dan 1 – Binari pada Kalimah Allah

Dalam Hadis 40, ada dinyatakan tentang konsep binari yang melatari cara kita memahami kalimah syahadatain. Mengapa konsep binari perlu difahami ? Tidak lain tidak bukan kerana dalam kepesatan kita hidup zaman digital (diasaskan teknologi binari), kegagalan untuk memahami dunia dengan kaedah 1 dan 0 ini akan menyebabkan kita makin tertinggal dan mungkin akan dirundung keresahan. Tidak kurang juga ini menjadi punca kepada penyakit bipolar yang melanda ramai manusia di dunia ini. Ini dinyatakan oleh Ady Ginanjar dalam bukunya ESQ Power.

Read More
ModulKoleksi ST-Gallery

Guru Kehidupan

(Disunting daripada blog Indonesia)

 

Saya pernah diundang oleh pengajian ibu-ibu disalahsatu mushola.
Saya bercerita bahwa orang baik dan orang jahat adalah guru
kehidupan buat kita. Bukan hanya orang baik yang mengajarkan arti
kehidupan namun juga orang jahat terkadang juga memperkokoh aqidah
kita, tergantung bagaimana kita mampu memetik hikmah pada setiap
kejadian yang kita alami. Jika kita pandai mensyukuri nikmat,
kejadian yang kita anggap sebagai musibah bisa berubah menjadi
berkah.

Read More
Koleksi ST-GalleryModul

Kemahiran untuk Kejayaan – KuK

Quality Expert Sdn Bhd (QESB) akan terus menyemarakkan dunia latihan dan rundingan dengan mewujudkan sayap kanan – Noble Vision Consultants (NVC) bermula Disember ini, Insha-Allah.  Jika QESB akan memfokuskan kepada latihan korporat dan organisasi, NVC akan memfokuskan latihan untuk pelajar sekolah, universiti dan komuniti. Produk utama NVC dalam dunia latihan dan rundingan ialah Kemahiran untuk Kejayaan atau kependekannya KuK. Banyak modul kemahiran kejayaan atau success skills yang akan ditawarkan untuk masyarakat sedikit masa lagi.

Read More