Author: Fazrul Ismail

Hidayah...Mencari TuhanKoleksi ST-Gallery

Hidayah…Mencari Tuhan 4

"Ustaz, perbincangan yang akan kita laksanakan ini bukanlah penceritaan diri saya sahaja. Saya akan sekalikan dengan pengalaman kawan-kawan saya. Dan saya juga ingin bertanya beberapa soalan  yang diharapkan ustaz tidak bosan menjawabnya, ya?"

Aku mengangguk. Senyum.

"Bukan apa ustaz. Saya tak nak menyakiti hati ustaz."

"Hidayah, tak de soalan yang menyakiti pun kerana kita semuanya mencari Tuhan. Kekadang apabila kita rasakan soalan itu tidak sesuai tetapi kita bermain sentiasa dengan persoalan tersebut, ia akan menyebabkan diri kita sakit dan makin parah. "

Hidayah mengangguk-angguk. Ada satu jaminan. Nampak kepuasan pada raut mukanya yang awalnya nampak sugul kerana bermain dengan perasaan mencari kebenaran. 

Read More
Hidayah...Mencari TuhanKoleksi ST-Gallery

Hidayah…Mencari Tuhan 3

Hari ini aku berjalan sendirian dan mengelamun apa yang berlaku. Aku cuba untuk mendalami hidup ini yang penuh dengan cabaran agar aku dapat bersyukur dengan apa yang ada. Sebelum ini, hidupku dirasakan lancar dan tidak perlu memikirkan banyak pasal Tuhan. Namun setelah bergelumang dengan dunia perniagaan dan manusia, aku baru merasakan sesuatu yang amat bermakna. Kebergantungan kepada Tuhan itu amat penting. Pencarian Tuhan ini bukan sekadar untuk dikenali tetapi untuk didekati. Hidayah yang mencari Tuhan sebenarnya adalah refleks kepada keperluan setiap insan kepada Tuhan dalam segenap perkara yang dilaksanakan. Pengawasan dan kebergantungan itu sepatutnya 24 jam sehari dan sepanjang minggu dan tahun. Kalau ia menurun, itulah maksudnya saat iman kita turun.

Read More
Hidayah...Mencari TuhanKoleksi ST-Gallery

Hidayah…Mencari Tuhan 2

Aku cuba untuk bertanya pada Hidayah. Tidak pernah aku mendapat mesej sms atau telefon daripada Hidayah sebelum ini. Tapi hari ini aku dapat semasa aku ke utara untuk menghantar ahli keluargaku di samping bertemu dengan rakan seperjuangan di sana. ‘Tentu Hidayah mencari aku’. Aku bergegas untuk menelefon. Rupanya line di kawasan situ tidak jelas menyebabkan aku sekadar mendengar suara, ‘Ustaz Fazrul, Hidayah nak balik ke rumah…"

Tut..tut..tut…. 

Read More
Koleksi al-MuntalaqKoleksi ST-Gallery

Siri Asmaullahul Husna (SAAH)

"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, seratus kurang satu. Barangsiapa menghitungnya akan masuk syurga." (HR Bukhari: 2736)

Hadis tersebut  memang  banyak disebut namun apakah kefahaman sebenar tentang AAH ini? Mengapa ramai pelajar yang mengumandangkan AAH ini namun tidak mampu untuk menunjukkan ciri individu masuk syurga?

Menurut Prof Dr Umar Sulaiman al-Asyqar, banyak buku yang ditulis berasaskan tema ini – Asmaullahul Husna – tetapi ada antaranya tidak meletakkan sumber yang saheeh apatah lagi praktikal dalam kehidupan seharian. Insha-Allah dalam siri AAH ini, saya akan cuba menukil beberapa karya serta berkongsi ilmu bagi memastikan AAH ini mampu difahami dengan baik lantas menjadi pemudah dalam urusan kita mendapat syurga Ilahi.

Jika ada sebarang komnetar atau cadangan tambahan daripada netter sekelian, sila balas sebarang artikel yang akan diposkan nanti.

Read More
SistemikKoleksi ST-Gallery

Manusia mencari identiti

Kekadang saya merasakan program mencari identiti ini seperti tidak real apatah lagi kalau ia tidak mampu meyakinkan saya bahawa ia memang amat penting. Seorang kawan saya ada meng-email konsep self-realize dan saya rasakan bahawa memang ramai yang tidak sedar siapakah diri mereka. Hal ini ditambah lagi apabila saya membaca Presence karya Peter M Senge dan rakan-rakannya. Ramai sungguh manusia tidak sedar hakikat kewujudannya. Malah saya sendiri pun sepatutnya lebih serius dalam mencari erti identiti itu sendiri. 

Read More