Author: Fazrul Ismail

SistemikKoleksi ST-Gallery

Penyelesaian masalah semantik dalam diri

Saya bertemu dengan seorang pelajar yang mempertikaikan usaha sesetengah kumpulan yang mengkaji hikmah ibadah dalam Islam. Kali ini saya mendengar dahulu – seperti biasa – kemudian barulah saya mencari kaedah penyelesaian untuk membetulkan mana-mana yang boleh dibaiki. Katanya, "Saya tak setuju orang yang mengkaji hikmah solat. Ibadah adalah penyerahan kepada ALlah, bukannya untuk dikaji dan dilihat aspek kesihatan dan sains-nya". Saya angguk kepala. Dia berkata lagi. "Yang perlu dilihat ialah kejadian dan fikir pasal alam. Bukannya ibadah. Tiada daleel, kan?"

Read More
SistemikKoleksi ST-Gallery

Betapa mudahnya menzalimi apabila tidak sistemik

Apabila seseorang berada di bawah – sebagai rakyat, pekerja, pelajar, anak dan sebagainya – banyak perkara yang akan kita pertahankan atau perjuangkan berhubung dengan hak kita. Kita akan berazam untuk tidak mengulangi kesilapan orang di atas – pemimpin, majikan, guru, penjaga dan lain-lain. Kita tidak mahu berbuat dosa seperti mereka yang menzalimi orang bawah. Namun setelah naik menjadi orang atas, banyak juga masalah yang berlaku. Ini kerana melihat perkara secara tidak sistemik berlaku di kalangan  orang atasan.

Read More
SistemikKoleksi ST-Gallery

Ketika tiada, syukurlah. Kalau ada?

Saya mendapat SMS yang menceritakan program seorang pensyarah: "Alhamdulillah. Program OK. Respon dari peserta bagus. Anggaran 70 orang hadir. Target 100. Dr dapat ceramah di 1 masjid dan 3 buah sekolah." Saya terdiam.Untuk saya menyampaikan tajuk ini, tak pernah sampai 3 sekolah dan dapat masuk masjid. Anggaran guru yang hadir juga tidak sampai 30. Adakah kerana Dr dan PhD? Adakah kerana tajuknya? Saya bertanya sendirian.

Read More
Koleksi al-MuntalaqKoleksi ST-Gallery

Ya Allah! Bantulah hamba-Mu melaksanakan dakwah

Ketika Rasul melaksanakan dakwah, adakah Rasul ditaja atau di-sponsor? Ketika embargo ekonomi, adakah individu Islam yang mewah hidupnya? Jika Rasul itu berdagang dan kaya sebelum menjadi Rasul, adakah ini persediaan untuk menjalankan dakwah? Ketika bersedia menghadapi Perang Khandaq, tiadakah sahabat yang boleh memberi makanan kepada Rasulullah sehingga perlu beliau mengikat batu di perut?

Read More
Koleksi ST-GallerySistemik

Individu bijak IQ kerana bijak memberi makna

Konteks menjelaskan makna bagi sesuatu perkara berdasarkan individu. Konteks memberi kesan penghargaan kepada maknya yang disampaikan. Dalam mempelajari sesuatu ilmu, ia akan memberi makna lebih tinggi apabila ia disampaikan pada konteks yang sesuai. Persoalannya: bagaimana kita membina ruang konteks? Bukankah untuk membina ruang konteks, ia perlukan ilmu yang kekadang difahami sebagai – pengajaran tanpa boleh melibatkan konteks 100%? Mungkin untuk memahami hal ini sukar, tapi saya ingin membawa contoh.

Read More
SistemikKoleksi ST-Gallery

Bacalah dengan niat resonan

Jika seseorang itu sudah menguasai Pemikiran Sistemik, ia mempunyai satu ciri khusus yang perlu diusahakan. Anda baca dan ada niat resonan. Malah bukan sekadar niat, anda tahu apa yang perlu dibuat dengan fakta yang anda temui. Anda pasti ingin tahu keseluruhan buku, tetapi tidak perlu menunggu sehingga habis untuk anda laksanakan. Ittaquu wa yua'l limukumullah. Inilah rahsia resonan yang perlu diusahakan.

Read More
POTENSIKoleksi ST-Gallery

Subhanallah Beza Individu I & E

Dalam diri manusia ada fizikal, intelek, emosi dan rohani. Ia boleh disingkatkan sebagai PIES. Sedarkah anda bahawa ada manusia yang amat dominon P, I, E dan S? Apakah beza mereka? Apakah ciri mereka? Rupa-rupanya perbezaan ini perlu dikenalpasti dan setiap individu perlu ada kesedaran untuk menghormati serta meraikan perkara ini. Mengapa? Kerana ia menjelaskan kebesaran ALlah. Hablum minan naas ini memerlukan kemahiran yang tersendiri dalam kehidupan agar hidup lebih harmoni dan efisien. Mari kita selusuri perbezaan golongan I dan E dahulu.

Read More
POTENSIKoleksi ST-Gallery

Jalan Sikit, Nikmat Banyak

Sering kita nampak bahawa untuk mendapatkan pelbagai nikmat dalam kehidupan, seseorang perlu mencari pelbagai jalan agar ia mampu untuk bertemu dengan pelbagai peluang. Seorang usahawan mungkin perlu ke utara, selatan, Sabah, Sarawak malah ke pelbagai negara luar untuk mencari pelbagai peluang. Jika anda ingin melihat lebih banyak panorama indah, anda perlu melalui perjalanan yang pelbagai.

Read More