Malaysia – US, US – Malaysia

Dari Malaysia ke US 1999

  •  Ketika itu, saya seronok nak pergi ke US kerana itulah hasrat dari kecil bila melihat pakcik dapat ke US. Dapat ke US akan menjadikan hidup lebih seronok, elegant atau apa sahaja yang menjadikan hidup lebih cool.
  • Atas dasar itu, tawaran ke UM saya terima kerana ia adalah tawaran. Bila dapat sahaja tawaran dari Petronas untuk ke US, UM ditinggalkan kerana di UM juga Chem Eng, di US juga Chem Eng. Apa yang nak ambil di US?Just to be cool.
  • Setelah hadir ke PPP ITM Shah Alam, memang ada terlibat dengan persatuan Islam. Namun kejelasan tindakan yang akan dilaksanakan di US agak tiada. Tunggu dan lihat sahaja. Apa sahaja yang diletakkan dalam agreement dengan Petronas terus saya terima tanpa memikirkan kesan dan faedah pada kerja-kerja sosial dan kemanusiaan.
  • Akhirnya? Indiana, here I come!

Di US 1999-2003

  • Bila sampai di US, terlibat dengan beberapa persatuan Islam samada yang Malaysian basis atau international Muslim basis. Terlibat kerana ada sedikit kesedaran kerja dakwah dan sosial, namun tidaklah dengan perancangan dan rapian yang cukup. Bila dilantik dan dibawakan isu-isu terkini di kalangan komuniti Islam atau Malaysia, ia diselesaikan menggunakan pengetahuan cetek pada masa itu (juga pada masa ini) untuk meletakkan segalanya dalam keadaan terbaik.
  • Pencarian agama dan Tuhan amat serius. Tidak cukup dengan MISNA atau MISG, saya akan mengikuti apa sahaja program ISNA atau organisasi lain yang mampu dibayar (banyak wang ringgit yang perlu dilaburkan). Tetapi yang pasti, aktivisme dengan MISG memang amat tinggi sehinggakan jarang ada di Purdue (universiti) kalau weekend. Ada sahaja yang ingin dibuat termasuklah membawa halaqa di Bloomington. Driving adalah kegemaran. Jadi tidak memeritkan atau memenatkan sangat.
  • Pencarian ini makin dikuatkan dengan bertemu atau mendengar ceramah-ceramah dengan isu dan isi yang segar daripada Syeikh Hamza Yusuf atau Suhaib Webb atau agak baru ialah Mohd asy-Shareef. Bacaan? Memang masa inilah membaca menjadi satu candu. Nak exam pun baca buku-buku agama yang dibeli di Malaysia atau US kerana ia memberi ketenangan. Inilah antara perkara yang menguatkan disiplin dalam diri dalam pencarian. Kalau bandingkan dengan ibadah khusus lain, memang tak banyak mana pun. Hatta di Malaysia pun  memang tak banyak dari 2003-2007.  Tak cukup sangat kerana kalau bandingkan dengan beberapa orang lain, memang  mengakui amat kalah. Hafazan pun sikit di US pada masa ini. Cuma bacaan dan kefahaman dibina dari bacaan dan bersama halaqah yang dibuat di masjid – Islamic Centre of Greater Lafayette.
  • Pengalaman memimpin Muslim Students Association juga mematangkan kefahaman terutama dalam isu kepimpinan dan kepelbagaian mazhab. Buku-buku Islam terbitan US dibeli untuk difahami dan dicedok permatanya. Ruang untuk menyampaikan khutbah dan mengadakan halaqa – walaupun yang hadir hanya 5-10 orang , cukup untuk memberi keyakinan bercakap bahasa Inggeris dalam subjek agama. Alhamdulillah inilah yang melatari kepimpinan di MISG sehingga apabila balik Malaysia, ini dibawa sebagai baggageyang mungkin kurang dapat diterima oleh sesetengah orang yang sudah biasa gaya bukan US.
  • Gaya US ialah independence tetapi yang pasti: Allah akan mengatur. DI sini tak mampu mengawal semua orang kerana kejauhan yang ada antara satu sama lain. Kesannya? Kepimpinan tidak 'mengikat' satu persatu apa yang ingin dibuat. Cukup diberi guideline umum dan selebihnya diserahkan, If you survive, we will see you at the next stage. If not, we will follow up a little or good bye. Ini antara gaya kepimpinan persatuan Islam yang boleh dilihat polanya. Bukan kerana tidak bersungguh-sungguh, tetapi budaya di sini, if you have been offered, you won't be offensed. WOn't be offensed if you don't accept it but you will know sometimes, somedays...Mungkin ia kurang tepat atau sekadar pengalaman personal tetapi ia membina gaya berfikir pada 1999-2003.
  • Keakraban dengan pak arab menyebabkan komitmen untuk belajar bahasa Arab meningkat. Sepatutnya dah dapat minor tetapi sistem universiti yang tak sedia menyebabkan minor tinggal dalam kenangan. Selepas kerja dan kumpulkan duit, saya mengambil keputusan untuk ke Mesir mendalami bahasa Arab. Barulah saya tahu bahawa peraturan yang ada di atas muka bumi boleh dibincangkan. Yang penting kita tahu apa yang ingin dicapai. Apataha lagi kalau niat dan tujuan kita bagus, pasti Allah akan mudahkan – sebagaimana kepergian ke Mesir dengan menggunakan tiket yang disediakan oleh sponsor It just needs a little creativity to utilize whatever nikmat given by Allah.
  • Pada tahun ketiga atau keempat, mendalami Pemikiran Sistemik. Dan mula rasa tidak enak untuk bekerja makan gaji dan melibatkan tujuan kewangan semata-mata. Akhirnya harapan selepas graduasi ialah: tidak mahu kerja dengan syarikat yang kurang memberi penekanan pasal manusia atau istilah 2005-nya ialah modal insan.
  • Sejak Mei hingga Ogos 2007, masa saya diperuntukkan bersama bahasa Arab di Mesir. Banyak pengalaman yang dibina di sana walaupun 3 bulan amat terhad dan pendek. Insya-Allah ia menjadi memori dan pengalaman berharga untuk diri ini kembali ke bumi Anbiya' tersebut. Yang pasti: 'pengalaman pertama tidak sama dengan pengalaman kedua'. Inilah yang akan diceritakan nanti dalam bahagian saya di California pada 2008.

Di Malaysia 2003-2007

  • 1 Disember  2003 hingga 31 Disember 2007 adalah satu jarak masa yang panjang untuk menimba realiti kehidupan. Alam kehidupan sebelum 1 Disember 2003 adalah zaman hidup remaja yang penuh dengan keseronokan kerana mencuba banyak benda baru. Benda baru tidak semestinya boleh membawa manfaat pada masa akan datang tetapi ia cukup untuk memperkayakan pengalaman hidup. Inilah yang disedari. Bermula 1 Disember 2003, saya bekerja di Segamat Johor. Berkerja sehingga Mei 2006. Mei 2006 – saya berkerja di Shah Alam. Mei 2007 – saya bersama dengan Total Success Resources, Bangi.
  • Berapa tahun ? 4 tahun mengajar erti kehidupan lebih luas. Kali ini banyak juga perubahan yang berlaku. Beberapa peristiwa besar:
  1. KERSANI –> Quality Expert –> Total Success Resources
  2. Walimah pada 2005 dan kelahiran cahaya mata pada 2006 serta 2007.
  3. Pemergian ayahanda yang dikasihi
  4. Berkenalan dengan beberapa individu yang komited dengan dakwah
  5. Berkenalan dengan beberapa individu yang mudah putus harap dengan akidah atau ukhuwah hanya dengan sebab material.
  • Inilah masa untuk menganalisis dan muhasabah diri. Ia banyak mengajar. Ia adalah persediaan lebih serius untuk meneruskan kehidupan. Peristiwa-peristiwa di atas membina pengalaman dan perspektif tentang kehidupan. Kali ini, kedatangan ke US bukan dengan harapan tanpa asas dan keseronokan bermaharajalela. Bukan dengan pujian dan kata manis, tetapi saya yakin apa yang ada dan perlu didapatkan. Saya kembali ke US bukan kerana apa, tetapi atas beberapa faktor yang akan saya nyatakan.

Dari Malaysia ke US 2008

  • 1 Januari 2008 adalah hari kehidupan fasa baru. Fasa baru kerana ia akan meruntuhkan segala salah faham saya terhadap kehidupan. 4 tahun adalah modul Madrasat-ul-Hayaah untuk diri saya. 4 tahun adalah masa program untuk diri saya. Sebagaimana yang diketahui oleh peserta MH, dalam program ada program. Maka dalam program MH Fazrul ini, ada banyak program yang dirancang dan tidak dirancang. Program ini banyak mengajar saya erti kehidupan dan saya rasakan saya perlu berkongsi dengan mana-mana individu yang ingin memahami kehidupan dengan lebih cepat dan matang. Jangan terlajak sampai dua kali Namun pengalaman akan membina keutuhan dalam kita hidup dan membina jatidiri serta kematangan.
  • Mengapa saya tetap juga memilih US? Mengapa tid
    ak UK, Mesir atau tempat lain untuk membina fasa baru?
  1. US pernah saya jejaki. Ada permata yang tertinggal semasa saya berada untuk ijazah dahulu. Saya ingin dapatkannya semula.
  2. Saya bertemu ramai yang belajar di US dan kembali di Malaysia. Gaya berfikir mereka agak berbeza berbanding yang balik dari UK, Australia atau Mesir. Mungkin saya bias tetapi berdasarkan pemerhatian tersebut. Namun saya rasakan mungkin kelainan ini dibina lantaran suasana di US ini semacam fasa Mekah dalam zaman Nabi. Tidak banyak ikatan yang ingin diletakkan pada setiap individu. Cukuplah dengan Allah sebagai kalimah pegangan. Belum banyak 'fikrah' yang akan membebankan individu tertentu yang tidak mampu untuk memikulnya. Dan saya selesa dengan 'fikrah' Tiada Tuhan Selain Allah. Kalau dimasukkan dengan bab harakah dan sebagainya – saya faham dan agak banyak membaca, Tetapi ia kurang mantap apabila fokus diskusi dan perbincangan tidak dihala kepada Kalimah Allah. Dalam hal ini saya tidak menidakkan graduan dari UK atau Mesir tidak bercakap hal ini. Tetapi kerana mereka terlampau 'advance', saya tidak gemar gaya itu. Ia akan menyebabkan hidup saya tidak dapat digerakkan lebih lancar bersama masyarakat yang ramai bertahap fasa Makkiah dalam dakwah Rasul. Allahu a'lam.
  3. Saya minat nak ke Mesir atau Middle East. Tetapi belum ada peluang dan kewangan yang mantap. Jadi saya tuju ke tempat yang saya mudah untuk untuk berurusan. Saya yakin selepas ini destinasi saya ke sana – kerana bahasa Arab perlu diambil di sana. Namun saya selalu berpesan pada diri: jangan tunggu peluang pada masa akan datang. Rebutlah peluang yang sedia ada untuk digunakan untuk menghadapi masa akan datan samada di dunia atau telah dipanggil Allah ke alam seterusnya.
  • Maka saya pun bersama keluarga berhijrah kembali ke bumi penuh sejarah – samada untuk diri saya atau masyarakat Islam sedunia. US bukan sekadar negara tetapi tamadun yang membina nama – positif atau negatif. Kesannya masuk kepada hampir setiap rumah yang ada di dunia. Hatta Putrajaya sendiri pun – walaupun dinafikan keterkaitannya – mempunyai seni reka yang menyamai hampir dengan Washington DC. Tak percaya ? Datang Washington DS dan bandingkan dengan Putrajaya..pasti ada kesamaan yang besar dapat diperhatikan.
  • Kali ini, ke US bukan untuk lari atau berhenti dari kerja selama ini. TSR bukan dipinggirkan. Tetapi saya tahu TSR 2007 sudah mengajar banyak perkara kepada diri saya tentang manusia. Saya tahu serba sedikit apakah maksud dakwah sebenar.  Dakwah bukan diletakkan karpet merah dengan gaji bulanan yang mantap. Kalau itulah definisi dakwah abad ini, saya rasakan itu tidak kena. Dakwah adalah tempat kita menginfakkan harta dan jiwa untuk Allah. Hatta sampai ada yang sanggup memberi pinjaman – hanya kerana Allah. Saya yakin hal itu. Ia bukan seperti orang makan gaji yang keluar pagi balik petang lantas bersama anak-anak pada waktu malam. Seterusnya bersama isteri di tengah malam. Bukan! Manakan dapat sedemikian kalau kisah Hanzalah menjadi pedoman. Bukanlah saya menolak kebajikan dengan keluarga dan keperluan diri. Itu penting. Tetapi kalau dakwah yang ingin dipikul itu untuk membina tamadun, ia perlu lebih serius dan bukan main-main seperti di alam kampus zaman ini. Bukan! Saya tak yakin tahap itu boleh membangun negara. Membangunkan kampus pun tersemput-semput.
  • Apakah yang saya belajar dari 2003-2007? Perlu saya nyatakan ? Atau saya simpan sebagai rekod peribadi? Nanti saya fikirkan. Namun saya rasakan ia amat bermakna bagi saya dan sewajarnya ia juga menjadi permata pada anda juga. Saya akan kisahkan nanti dengan kita memberi fokus perjuangan Nabi. Perjuangan saya amat singkat … tak tahulah banyak mana yang diterima Allah. Ya Allah! Terimalah amalku…
  • Saya mempunyai banyak perkara yang perlu dilangsaikan dengan individu-individu tertentu pada 2003-2007 atau sebelumnya lagi. Saya tetap ingat dan menyimpan rekod. Saya tidak mahu berdiam diri sahaja dan melupakan sahaja. Saya berazam untuk menunaikannya. Namun atas segala pinjaman untuk Allah yang telah dibuat, saya perlu cari gantinya untuk individu-indvidu yang masih menuntut – walaupun saya tahu bukan semuanya milik individu-individu tersebut. Ya Allah! Mudahkan urusanku untuk melunaskan segala  perkara tersebut. Hutang duit, moral, spiritual,emosi, intelek dan sebagainya…

Di US 2008-? 

  • Saya kini di Los Angeles, California.
  • Ya ALlah! Bantulah hambaMu memahami kehidupan dan bersedia untuk fasa seterusnya. Fasa umur 40 tahun yang menceritakan: jangan banyak pendapat dan dilema lagi. Ia adalah masa untuk berkerja. US 2007 sehingga satu tahun dan lokasi yang tidak pasti ini nanti akan menjadi ruang untuk saya memantapkan diri. Kalau diri masih 28 tahun, ia belum matang kalau dalam seerah Rasul. Tapi sekurang-kurangnya saya ingin menjadi seperti Usamah bin Zaid. Beliau bukan pemimpin atau pendakwah solid pada 18 tahun. Tetapi dia sudah mampu mengetuai pasukan pada kepakaran tersebut. Maka saya ingin menjadi individu yang pakar pada satu-satu perkara pada usia sebelum 40 tahun ini. Namun setelah 40 tahun – jika dipanjangkan umur oleh Allah – saya perlu pakar dalam kerja sosial – dakwah. Itu bukanlah pilihan. Tetapi satu kewajipan.
  • US 2008 – Masa bermula.

Allahu a'lam. Ya Allah! Tolonglah hambaMu ini!

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Towards 2020

After a week in California, I manage to be in the mosque since I couldn't do so due to the...

Close