Umum

Obama menuntut bela teroris bayi

Apakah yang perlu kita laksanakan? Benarkah penduduk Israel yang menyerang tanpa belas atau memang penduduk Palestin yang memulakannya? Sejarah perlu dibaca dan akan segarlah kita dengan cahaya peristiwa berdarah ini. Ia bukan pertelingkahan kaum tetapi melibatkan akidah. Ia melibatkan keimanan kepada Tuhan Yang Satu. Ia bukan mainan. Puak Israel yang melaksanakan aktiviti teroris ini memang sudah berakar umbi dari sejarah sejak dahulu lagi. Mereka menggunakan manusia lain ‘sebagai boneka’ bagi menjustifikasikan apa yang mereka laksanakan. Mereka menggunakan umat seluruh dunia untuk melaksanakan rancangannya.

Lantas, apakah yang perlu dilaksakan kini?

  1. Ada kemampuan dan arahan, jihad bukan lagi opsyen untuk umat Islam. Jika arahan dikeluarkan, maka bersiap sedialah.
  2. Kalau arahan tidak dikeluarkan dari pemimpin lokal, maka usahakan kesedaran dan doakan kesejahteraan di surau atau masjid
  3. Kalau sudah dibuat, kuatkan persediaan diri dengan iman dan takwa. Ini penting. Inilah bekalan paling ampuh menghadapi musuh. Musuh tidak gentar dengan alat perang tetapi disiplin solat serta amal takwa.
  4. Rancanglah agar usaha menyampaikan kebenaran Islam dilaksanakan dengan serius kerana tanpanya, kebenaran akan sirna dan gelaplah dunia.

Cukuplah kata-kata Dr Yousef Qardhawi menyatakan: kita perlukan jihad dan ijtihad zaman ini untuk meningkat dan maju. Jihad bukan menyerang membabi buta sebagai teroris, tetapi melindungi dan mempertahankan agama dan maruah. Sanggup ibumu dicabul dan kamu masih duduk diam?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Aku bangun pagi 7 Nov 2008 ? Di mana Obama?!

Nggak aneh pak, kalo Indonesia tidak "dipedulikan" oleh Obama, walaupun dia di-elu2kan di Indonesia atau dia pernah tinggal di Indonesia....

Close