Perlunya proses berfikir

CoRT atau Cognitive Research Trust adalah satu teknik yang diperkenalkan oleh Edward de Bono untuk melatih berfikir. Kemahiran ini amat bagus untuk mengoptimumkan akal yang dibekalkan oleh Allah.

Persoalannya, apakah tool atau proses yang dilalui seorang anak Muslim agar kapasiti akal ini dapat ditonjolkan serta dapat diaudit agar tidak ekstrem atau pemalas?

Saya tidak berjumpa teknik atau proses yang berstruktur begini. Problem statement atau asas keperluan ini amat jelas kerana dalam Quran sendiri memberi penekanan kepada tafakkur – bukan sekadar berfikir biasa dalam kehidupan. Semua orang berfikir, namun berfikir dengan amat teratur dan penuh usaha adalah suatu fokus penting penggunaan perkataan tafakkur dalam Quran.

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (3:191)

Daripada 17 kali pengulangan perkataan tatafakkrun dalam Quran, ia menunjukkan usaha dan proses berfikir itu perlu digembleng dengan sungguh-sungguh. Ia tidak boleh dipandang ringan kerana ia akan menyebabkan seseorang itu tidak mengoptimumkan kapasiti akal yang dibekalkan.

Dalam Quran ada banyak fiil mudhori’. Selain ia membawa maksus berterusan berlaku (proses yang istimrar), proses kepada perkara tersebut juga perlu diperhalusi . Tidak mungkin kita buat perkara yang sama dengan kualiti rendah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Sebagai contoh, dalam Surah al-Baqarah ayat 3 ada dinyatakan wayuqiimus solat (dan mereka mendirikan solat). Kerana ia dalam fiil mudhori’, ia adalah proses berterusan dan belum stabil. Apabila ia stabil, maka penggunaan fiil madhi seperti dalam Surah ar-Ra’du ayat 22 dalam menerangkan ciri Ulul Albab. Salah satunya ialah wa aqamus solat (dan mereka yang mendirikan solat). Fiil madhi digunakan dalam ayat ini.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Fungsi perhiasan, fungsi manusia

Allah menjadikan dunia ini sebagai perhiasan. Jangan ambil banyak-banyak, ia tidak kekal dan ia membantu kehidupan di dunia ini. Gunakan

Close