Pendakwah Air Kacang Soya 41

Petang itu, Din dan Nas berniaga seperti biasa. Gerai dibuka seawal jam 3.30 petang. Nas membancuh air sambil Din mengemas menyiapkan bahan-bahan untuk menjual burger. Hari ini, giliran Lokman membantu. Lokman membantu Din dan Nas menyiapkan bahan-bahan niaga.
Siap kerja-kerja mengemas, mereka bertiga duduk sambil menunggu pelanggan pertama pada hari ini. Sedang mereka asyik berbual, kelihatan seorang warga asing berjalan ke arah gerai mereka. Nampaknya, pelanggan pertama mereka pada hari ini adalah seorang warga asing.
Read more

Pendakwah Air Kacang Soya 20

Alhamdulillah Nas, sekarang ni kita dah berjaya melepasi target awal kita. Untung sehari kita mencecah 100 ringgit ke 120 ringgit! Untuk permulaan, memang bagus ni.” Kata Din
Ye la, sentiasa penuh gerai kita. Tak cukup tangan dibuatnya.” Jawab Nas
Abang rasa kita masih perlu baiki lagi cara kita berniaga untuk jaga pelanggan tetap kita. Sebab gerai lain pun mesti cuba bersaing dengan kita. Kalau kita tak sentiasa improve mungkin pelanggan akan lari” Kata Din pula
Read more

Pendakwah Air Kacang Soya 40

Jadi, bolehlah kami mula berniaga hujung minggu ni?” Tanya Din untuk kepastian.
Ye, boleh” Jawab Abang Fandi ringkas.
Terima kasih bang. Selain tu, disebabkan abang bagi peluang berniaga ketika program abang, kami bersetuju untuk menyumbang sebahagian hasil ke dalam tabung program” Kata Din lagi
Bagus juga tu. Sekurang-kurangnya boleh tampung dana untuk buat program” Kata Abang Fandi bersetuju dengan cadangan itu.
Read more

Pendakwah Air Kacang Soya 25

Nas, isnin depan kita akan berniaga di Hari Kantin sekolah. Kena buat persediaan ni” Kata Din
Persediaan? Maksud abang? Kita jual macam biasa je la kan?” Kata Nas
Ye la, biasanya Hari Kantin ni, orangnya ramai berbanding macam kita jual waktu petang macam ni. Jadi kita kena bersedia dari segi stok supaya pada hari program nanti tak la kita kekurangan stok. Rugi nanti” Din menerangkan apa yang dimaksudkannya kepada Nas.
Read more

Pendakwah Air Kacang Soya 22

Kini perniagaan Din dan Nas semakin lama semakin mendapat perhatian. Gerai mereka pasti dipenuhi pelanggan pada setiap masa. Strategi mereka menambah produk nampaknya mendatangkan hasil. Setiap hari, disebabkan permintaan yang menggalakkan, mereka terpaksa membuka gerai hingga lewat malam.
Seperti biasa, selepas menutup gerai dan mengemas barang-barang, mereka akan singgah minum di Medan Selera untuk melepaskan penat. Tetapi kali ini, Nas tidak ceria seperti biasa.
Read more