Pendakwah Air Kacang Soya 36

Daging burger dah nak habis ni. Daging lembu tinggal satu bungkus, daging ayam pula tinggal lebih kurang setengah bungkus je” Kata Din
Mendengar kata Din, Nas juga mula risau ”Alamak, macam mana ni bang? Sekarang baru pukul 8 malam. Kalau sambutan macam biasa, nak buka sampai pukul 10 malam pun tak tentu cukup ni.”
Kata Din ”Itu lah, nak pergi beli pun kedai dekat-dekat sini tak jual. Kita berdua pula hari ni”
Kebiasaannya, sebelum membuka gerai, Din dan Nas akan memeriksa terlebih dahulu stok yang sama ada mencukupi atau tidak. Jika tidak mencukupi, awal pagi mereka akan keluar ke kedai dan membelinya. Cuma, pada kali ini mereka terlepas pandang faktor stok.
Hmm.. takpela bang, saya rasa hari ni kita jual sahaja mana yang sempat. Lagipun roti burger banyak lagi. Daging Sosej pun ada lagi ni. Kita jual hotdog dengan banjo je la nampaknya” Kata Nas kepada Din
Nampaknya itu sahaja pilihan yang kita ada buat masa ni. Lain kali kita kena lebih bersedia” Kata Din
”Betul cakap abang tu” Kata Nas
Walaupun kekurangan stok menjejaskan sedikit jualan mereka pada hari itu, mereka tetap meneruskan jualan. Mereka terus melayan pelanggan seperti biasa.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pendakwah Air Kacang Soya 8

<div style="margin-bottom: 0in"> <span>Setelah selesai mencatat, Din berkata &ldquo;Sekarang ni kita perlu cuba buat air kacang soya dalam bekas besar

Close