Pendakwah Air Kacang Soya 43

Waalaikumsalam. Ooo.. Abang Din, ingat siapa tadi. Takde apa, ni ha, tengah fikir tentang tawaran sambung belajar ni. Rasa macam sayang pula nak tinggal perniagaan kita sekarang ni. Saya dah rasa seronok pula” Jawab Nas
Sudah hampir empat bulan Din dan Nas berniaga. Daripada hanya menjual air kacang soya, kini mereka juga ada menjual beberapa jenis air lain dan burger. Atas kecemerlangan keputusan SPM mereka berdua, mereka ditawarkan melanjutkan pelajaran ke IPTA.
Itu ke yang Nas fikirkan dari tadi. Kita fikir secara positif. Takkan kita nak jual macam ni sampai bila-bila. Kita sambung belajar untuk tambah lagi ilmu pengetahuan kita. Tamat belajar nanti, kita boleh teruskan lagi perniagaan kita. Malah, kita kembangkan lagi perniagaan kita” Kata Din, memberi semangat kepada Nas
Nas diam memikirkan apa yang dikatakan oleh abangnya itu.
”Lagipun, masa belajar nanti pun kita masih boleh teruskan perniagaan kita secara sambilan. Kita kan ditawarkan belajar di IPTA yang sama. Jurusan sahaja yang berbeza” Sambung Din lagi
Mereka terus berbincang
 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pendakwah Air Kacang Soya 8

<div style="margin-bottom: 0in"> <span>Setelah selesai mencatat, Din berkata &ldquo;Sekarang ni kita perlu cuba buat air kacang soya dalam bekas besar

Close