Pendakwah Air Kacang Soya 1

Anda berminat untuk mendapat naskah preview untuk Pendakwah Air Kacang Soya? Sila email kepada fazrul@total-success.net.

 

Insha-Allah dalam masa yang agak singkat dan kesibukan harian ini, saya akan menulis sedikit demi sedikit tajuk yang diberikan dalam bentuk bersiri. Saya cuba untuk menggunakan konsep ini agar saya terus menulis dan dalam masa yang sama, ramai pembaca yang boleh memberi idea dan input untuk memajukan tulisan cereka bermesej ini. Penulisan ini diadaptasi dan diubahsuai daripada pengalaman mengendalikan Madrasat-ul-Hayaah Challange terutama bersama Nas dan Din di Segamat Johor. Semoga Allah mengampunkan kesilapan dalam penulisan ini dan harapannya agar ia bermanfaat.

Read more

Pendakwah Air Kacang Soya 3

"Boleh ke kita dapat RM 50 sehari nie ?" kata Nas apabila memerhati kepada catatan yang dibuat oleh Din. Nampaknya senarai keperluan dan modal semakin bertambah.

Din diam.  Setelah beberapa ketika, beliau meletakkan pen dan menghela nafas panjang.

"Kita perlu modal yang agak besar. Paling kurang, kita perlu ada blender untuk memproses kacang soya. Paling kurang harganya seratus lebih. Kita perlu dapur gas dan periuk besar untuk memanaskan air soya yang sudah diperah. Peti sejuk…"

Read more