Koleksi ST-Gallery

Berikut ialah koleksi artikel dari ST-Gallery.com. Untuk perhatian, excerpt dan artikel tidak bersatu ketika proses import. Diharap pembaca dapat bersabar untuk urusan teknikal untuk memastikan artikel penuh ketika anda klik sesuatu tajuk. Jika anda dapati sebarang artikel tidak penuh, sila maklumkan kepada kami. Terima kasih

PAKSKoleksi ST-Gallery

Pendakwah Air Kacang Soya 4

Pada malamnya, setelah selesai solat isyak, Nas dan Din pergi berjumpa Abang Fandi untuk berbincang tentang projek jualan mereka.

Din memulakan perbincangan. “Abang Fandi, kami ada hal sikit nak minta tolong ni. Saya dan Nas dah berbincang. Jual air kacang soya.” Din terdiam seketika. Menggaru-garu kepalanya memikirkan bagaimana hendak meneruskan perbincangan.

Read More
SistemikKoleksi ST-Gallery

Tumpanglah teknologi Allah!

Kalau mengharapkan teknologi manusia, memang kita tidak ke mana! Ada satu cerita berkaitan seekor semut yang hinggap di kopiah seorang haji. Pak Haji ini, kemudian pergi ke Taiwan dari Malaysia pada waktu pagi, manakala malamnya sudah berada di Malaysia semula. Ketika semut itu berkata, bahawa dia telah pergi ke Taiwan kepada rakan-rakannya, mereka tidak percaya. Jaraknya beribu-ribu kilometer dan dirintangi laut yang luas!

Read More
Koleksi ST-GallerySistemik

As-Siyaam Junnah…Siri 1

Mungkin ada di kalangan pembaca masih belum sempat untuk menatap buku atau rujukan berkenaan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Mungkin juga ada yang masih tidak berkesempatan untuk mendengar kuliah atau program persediaan menghadapi Ramadhan. Bagi memastikan setiap individu bersedia menyambut bulan penuh berkat ini, saya ingin berkongsikan beberapa perkara penting berkaitan puasa yang boleh diperhatikan dan dijadikan asas persediaan.  Fokus saya dalam siri artikel ini ialah bagaimana puasa mampu menjadi medan pendidikan atau tarbiah dalam menuju taqwa. Mengapa saya menulis tajuk ini?

Read More
SistemikKoleksi ST-Gallery

As-Siyaam Junnah…Siri 2

Setelah kita menyedari bahawa perisai perlu digunakan sebaik-baiknya dan ada persediaan yang perlu dilaksanakan bagi memaksimumkan fungsi perisai, puasa juga perlu di'gunakan' sebaik-baiknya serta ada persediaan yang perlu dibuat bagi menggunakannya. Jika anda tidak bersedia (terlampau lemah untuk mengangkat atau melaksanakan fardhu puasa), puasa tidak lagi mampu untuk menjadi perisai kepada anda. Inilah yang banyak diperhatikan dalam dunia Islam…

Read More
SistemikKoleksi ST-Gallery

Saya tulis, saya ingat

Ada beberapa orang bertanya: bagaimana untuk mengingati apa yang kita akan baca? Sebelum mampu mengingat, bagaimana untuk memberi fokus kepada isi buku amat tebal yang kita baca? Saya juga sering tertanya-tanya: mengapa saya selalu menyampaikan apa yang saya tulis di dalam ceramah saya? Saya banyak juga membaca dan mengkaji, tetapi kekadang ia tidak mampu disampaikan kepada pendengar. Akhirnya saya bertemu jawapan itu.    

Read More
SistemikKoleksi ST-Gallery

Apa yang perlu ada dalam usrah dan tarbiah?

Dalam buku Manajemen Tarbiyah Anggota Pemula terbitan PT Syaamil Cipta Media, ada dinyatakan berhubung hal tarbiah: Ketika berbicara tentang prinsip-prinsip kekukuhan tarbiah dalam harakah, Ustaz Fathi Yakan – rahimahullah – menyebutkan dua hal ; adanya manhaj yang lurus dan murabbi yang handal. Inilah refleksi pemahaman beliau yang tajam dari ayat:

"[61.9] Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya."

Read More
Koleksi ST-GallerySistemik

Ada bekalan pada al-Quran

Al-Quran adalah kalamullah yang menjadi mukjizat serta diturunkan kepada qalbu Nabi Muhammad secara tawatir dan membacanya menjadi ibadah. Pada kalamullah ini, ia adalah sumber hidayah jika diperhati dan diambil dengan benar. Ramai manusia yang sudah bertemu dengan mukjizatnya – akan menyatakan bahawa al-Quran amat manis dibaca dan diamalkan. Ia adalah sumber tenaga bagi spiritual yang akan memberi kesan kepada fizikal seseorang. Mengapa spiritual perlu dimantapkan?

Read More