Pendakwah Air Kacang Soya 14

Assalamu`alaikum dik” Sapa Din
Wa`alaikumsalam” Jawab mereka.
Takde kelas ke lepas ni” Tanya Din lagi
Kami kelas sesi petang bang. Kejap lagi pukul 2 mula la kelas.” Jawab salah seorang dari mereka
Melihat jam masih awal, Din terus bersembang dengan murid-murid tersebut. Nas kelihatan agak malu dan hanya diam sambil sekali sekala sahaja bersuara. Din turut mengambil peluang untuk memberitahu mereka tentang gerainya dan mengajak mereka singgah ke gerai apabila habis kelas.
Melihat jam hampir pukul 2 petang, Din berkata ”Eh, dah dekat pukul 2 ni. Baik korang bersiap cepat. Karang lambat pulak. Petang karang jangan lupa datang gerai ye”
Ok abang Din. Insya Allah, nanti kami datang” Jawab mereka sambil bersiap untuk masuk kelas.Nas dan Din juga beredar dari surau dan menghabiskan tugas mereka mengedar flyers.
Pada waktu petangnya, ramai lagi murid-murid yang datang ke gerai mereka berbanding semalam.. Nampaknya tidak sia-sia usaha Din merapati mereka tadi. Mereka merasa mesra dengan Din yang peramah melayani mereka.
Sejak itu, setiap petang, murid-murid ini menjadi pelanggan tetap Din dan Nas.
 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pendakwah Air Kacang Soya 8

<div style="margin-bottom: 0in"> <span>Setelah selesai mencatat, Din berkata &ldquo;Sekarang ni kita perlu cuba buat air kacang soya dalam bekas besar

Close