More performance, more maintenance

Menurut Tony Schwartz, ‘more performance needs more maintenance’. Apakah maintenance? Anda berhenti dari menggunakan ‘energy’ tertentu, fokuskan kepada pembaikan dan teruskan perjalanan. Analogi yang diberikan ialah Indianapolis 500. Kereta yang bergerak laju dengan ‘high performance’ perlu menjalani ‘maintenance’ yang berkala. Tanpanya, ia akan rosak atau jatuh ‘performance’.

 

Read more

I reverse back USD 95?!

Saya memerhati kepada akaun Bank of America. Ada overdraft fee yang dikenakan. Bukan sekali. Tetapi 3 kali. Pertama USD25. Kedua USD 35. Ketiga USD 35. Lihat-lihat akaun, tak de pula yang tidak cukup fund. Saya memang pastikan duit cukup, baru berbelanja. Pelik bin ajaib. Malah overdraft fee yang dikenakan juga tidak sama. Kalau mahu tolak, pasti fee-nya sama. Makin pelik. Saya telefon Bank of America. Memang pantas dapat bercakap dengan customer service, dan individu tersebut menyatakan ‘I reverse back USD95’. Semudah itu? Alhamdulillah. Itu sahaja? Tiada ucap maaf? Atau saya yang patut rasa bersyukur – dapat semula USD 95?

Read more

Salah Paham Mengenai Hermeneutika

Diambil dari: http://minhaj-al-aqilin.blogspot.com/

Ada
beberapa orang yang dengan menggebu-gebu melancarkan "perang salib"
terhadap hermeneutika, dengan anggapan bahwa "ilmu" yang dianggap
imporan ini akan merusak Islam dari dalam, memorakporandakan pendekatan
yang sudah dikembangkan oleh sarjana Islam sendiri untuk memahami
Qur’an. Orang-orang yang memakai hermeneutika untuk memahami Qur’an
dianggap sebagai musuh Islam. Saat ini, di kalangan beberapa kelompok
Islam, kata hermeneutika sudah masuk dalam daftar "kata kotor",
menyusul sejumlah kata-kata yang lain: sekularisme, liberalisme,
pluralisme, demokrasi, HAM, jender, dsb. Istilah hermeneutika terdengar
"najis" seperti kata "PKI" pada zaman Orde Baru dulu.

 

Read more

Gaza…Hilangnya Pertimbangan

Gaza bukanlah sekadar lokasi Muslim yang terpenjara di tanah sendiri. Tetapi ia juga diduduki oleh manusia yang punya hak untuk hidup dengan aman dan sentosa. Namun kerana kerakusan manusia untuk mengejar kehendak nafsu, jadilah apa yang ada sekarang! Bukanlah puak Israel ini tiada ilmu atau sumber, tetapi merasakan diri lebih baik daripada kaum lain di dunia. Inilah punca kejatuhan mana-mana makhluk di atas muka bumi ini.

Read more

ST-Gallery Berubah Wajah

Alhamdulillah kerana ST-Gallery dapat kembali pada tahun 2008 dan 1429 Hijriah dengan wajah dan semangat baru. Mengapa bertukar wajah? Kerana ST-Gallery akan ditambahkan lagi dengan ciri pelbagai untuk berkongsi dengan anda sekelian tentang Pemikiran Sistemik serta bahan-bahan lain. Semoga dengan wajah baru ini akan memberi lebih banyak ilmu dan maklumat sebagai panduan kepada kita semua. Lawat-lawatlah ST-Gallery dan akan ada banyak berita serta ilmu terkini yang akan disampaikan. Apakah perancangan untuk ST-Gallery nanti?

 

Read more

Belajar bercerita…

Saya memerhatikan orang yang suka berfikir ini banyak baik dan buruknya. Saya juga memerhatikan orang yang kurang suka berfikir ada baik dan buruknya. Namun pastinya, orang yang berfikir itu lebih baik. Cuma sejauh mana seseorang itu dikategorikan berfikir dan tidak berfikir? Adakah kalau sudah menulis teori tertentu tentang pemikiran, barulah dianggap berfikir? Tentu tidak. Cuma yang pasti, orang yang 'berfikir' biasanya akan dikaitkan dengan teori atau penulisan atau gaya percakapan yang berbeza. Dalam al-Quran, kebanyakan perkataan berfikir dinyatakan sebagai 'verb' – kata kerja, bukannya 'noun' – kata nama. Jadi apabila seseorang itu berfikir, dia sudah berfikir. Bukannya menanti ada buku, teori atau gaya tersendiri – membentuk 'noun tersendiri – barulah dikatakan berfikir. Ini yang banyak disilap pandangkan oleh ramai orang.

Read more