Jangan sempitkan semantik ‘marketing’ anda

Dalam dunia perniagaan atau business,pemasaran atau marketing  amat dititikberatkan sehingga bagi sesebuah organisasi, ia boleh meletakkan lebih dari 20% dari bajet untuk menguruskan hal pemasaran. Tanpa pemasaran atau marketing, produk terbaik hanya akan ada dalam stor inventori atau lupus dek zaman. Ini juga berlaku dalam dunia dakwah bagi menyampaikan kebenaran sesama manusia. Namun faham benarkah anda apa itu marketing? Adakah marketing itu hanya berlaku dengan adanya eksekutif pemasaran yang dibayar RM 2000 sebulan dan diarahkan untuk membuat panggilan telefon serta berjumpa klien satu persatu? Jika itulah jawapan anda, nampaknya semantik anda berhubung marketing dan dakwah amat sempit. Amat-amat sempit. Apakah semantik yang luas berhubung aspek penting dalam perniagaan atau usaha untuk menyampaikan info yang baik dari kita?

Read more

Apabila sifat rahim dibenarkan bersinar…

Salah satu sifat Allah ialah ar-Rahim. Dalam diri wanita ada rahim. Mekanisme rahim dalam diri wanita itu membenarkan sifat ar-Rahim itu masuk ke dalam diri wanita secara naluri dan lebih utama berbanding lelaki. Tidak dapat dinafikan, inilah yang banyak dan jelas berlaku dalam masyarakat. Namun bagaimana diri kita ingin recall sifat ar-Rahim ini untuk terus subur dan menjadi tabiat – bukan sahaja untuk kaum wanita tetapi juga pada kaum lelaki yang sering dikaitkan dengan tegas dan kasar? Gunalah tool yang ada dalam EPIS.

Read more

SERIWAJAH – Memahami elemen menuju kejayaan

SERIWAJAH  adalah kependekan kepada sosial, emosi, rohani, intelek, wang, alam dunia, jasmani, alam akhirat dan hijrah. Ia adalah model dalam menerangkan elemen menuju kejayaan yang diperlukan oleh setiap individu. Dalam model ini, terdapat 4 elemen asas dalam diri individu dan 4 elemen lagi adalah elemen luaran yang perlu dimahirkan bagi merealisasikan tujuan kejayaan yang ingin dicapai. 4 elemen luaran ini ialah wang, sosial, alam dunia dan akhirat. Hijrah adalah elemen yang bersandaran dan berkait rapat dengan setiap elemen tadi.

Read more

Habis Minyak 2 Kali

Kali ini, saya memandu van seorang kawan. Van itu agak lama tetapi ia banyak berkhidmat kepada individu seperti saya yang masih belum berkenderaan. Insha-Allah dalam masa terdekat, saya akan mendapatkan satu agar mudah dan tidak perlu saya meminjam-minjam hak orang lain.

Ketika berada di pintu pagar belakang Bukit Jalil Technology Park, tiba-tiba van itu tersengguk-sengguk dan berhenti. Lampu merah menandakan minyak habis menyala. Ya Allah!…

Read more

KuK Merentasi SERIWAJAH

Kemahiran untuk Kejayaan (KuK) adalah modul asas di Noble Vision Consultants. Ia adalah gabungan pelbagai elemen untuk berjaya di dunia dan alam seterusnya. Ia dikaitkan dengan JERIWA, SERIWAJA, SPESIS dan yang paling mutakhir, SERIWAJAH. KuK adalah modul teras yang bersifat 'open source' di mana sesiapa sahaja boleh berkerjasama dengan kami di NVC untuk menjalankan program ini dimana-mana sahaja, seluruh Malaysia dan dunia. Mari kita dalami apakah yang menarik berkaitan dengan KuK.

Read more

0 dan 1 – Binari pada Kalimah Allah

Dalam Hadis 40, ada dinyatakan tentang konsep binari yang melatari cara kita memahami kalimah syahadatain. Mengapa konsep binari perlu difahami ? Tidak lain tidak bukan kerana dalam kepesatan kita hidup zaman digital (diasaskan teknologi binari), kegagalan untuk memahami dunia dengan kaedah 1 dan 0 ini akan menyebabkan kita makin tertinggal dan mungkin akan dirundung keresahan. Tidak kurang juga ini menjadi punca kepada penyakit bipolar yang melanda ramai manusia di dunia ini. Ini dinyatakan oleh Ady Ginanjar dalam bukunya ESQ Power.

Read more

Guru Kehidupan

(Disunting daripada blog Indonesia)

 

Saya pernah diundang oleh pengajian ibu-ibu disalahsatu mushola.
Saya bercerita bahwa orang baik dan orang jahat adalah guru
kehidupan buat kita. Bukan hanya orang baik yang mengajarkan arti
kehidupan namun juga orang jahat terkadang juga memperkokoh aqidah
kita, tergantung bagaimana kita mampu memetik hikmah pada setiap
kejadian yang kita alami. Jika kita pandai mensyukuri nikmat,
kejadian yang kita anggap sebagai musibah bisa berubah menjadi
berkah.

Read more