Koleksi ST-Gallery

Berikut ialah koleksi artikel dari ST-Gallery.com. Untuk perhatian, excerpt dan artikel tidak bersatu ketika proses import. Diharap pembaca dapat bersabar untuk urusan teknikal untuk memastikan artikel penuh ketika anda klik sesuatu tajuk. Jika anda dapati sebarang artikel tidak penuh, sila maklumkan kepada kami. Terima kasih

POTENSIKoleksi ST-Gallery

How to influence? Greek –> al-Quran

In Greek philosophy, ethos should be established in order to proceed with pathos and logos. These 3 steps contribute to the ability of influence. In Quran, is there anythere related to this concept? Off course yes. But ethos in al-Quran is defined much clearer with eeman or belief. Your ability to understand and give a good logic will be based on your eeman  and taqwa to Allah.More taqwa, more sensitive you will be – empathic. More taqwa, more knowledge Allah gives us to come up with a good solution.

Read More
SERIWAJAHKoleksi ST-Gallery

Saat kritikal – Fikir-fikirkanlah

Dalam hidup ini, Al-Quran menjelaskan bahawa untuk menjadi insan yang baik, ada kaedahnya yang lengkap. Salah satu ialah dengan kita mengambil kira saat kritikal dalam hidup – samada pernah atau dibayangkan untuk terjadi. Menurut Stephen R Covey dalam bukunya The 8th Habit, dengan mengambil kira keadaan kritikal ini, ia akan menjadikan seseorang itu lebih seimbang dan hebat. Apakah saat kritikal tersebut?

Read More
SistemikKoleksi ST-Gallery

“Today I ask Allah to do the marketing”

Hari ini saya perlu menyiapkan modul untuk 'teambuilding'. Kali ini semangatnya makin membara selepas mendapat input daripada mesyuarat yang dilaksanakan semalam. Input daripada Encik Roslan, En Suhaimi dan En Haikal amat bermanfaat. Benarlah bahawa apabila kita diam dan merendah diri, banyak ilmu dan hikmah yang Allah curahkan. Ketika sibuk saya menyiapkan kajian dan menaip, rakan sepejabat saya menyatakan, "Today I ask Allah to do the marketing." Saya tersentak dan kemudian tersenyum sambil menaip artikel ini.

Read More
Koleksi ST-GalleryPOTENSI

Dimensi Quran Menerusi Sains

Arus dunia pada hari ini telah banyak mengubah paradigma masyarakat di dalam segenap aspek termasuk ekonomi, politik dan sosial sehingga ianya mampu membentuk satu cara hidup yang dahulunya di anggap klasik dan tidak maju, kini telah merubah kepada satu cara hidup yang serba moden. Dahulunya dunia hanya menggunakan binatang-binatang liar sebagai kenderaan pengangkutan, kini, manusia menggunakan kenderaan-kenderaan yang menggunakan hasil bumi. Dahulunya juga, manusia hanyalah menggunakan kulit-kulit kayu dan kulit binatang untuk menulis ilmu-ilmu yang beharga, kini dunia menggunakan teknologi komputer sebagai alternatif kepada penggunaan kertas, kulit dan sebagainya. Malah pertukaran maklumat juga mampu dilakukan dengan pantas dan cekap dengan menggunakan kecanggihan internet.
 

Read More
SistemikKoleksi ST-Gallery

Bangkitkan kehambaan, akan bersinarlah khalifah

Apabila saya membaca buku, saya ingin jadikan pedoman itu untuk saya sebagai hamba. Apabila saya membaca sesuatu teori, saya akan kaitkan dengan diri saya kerana saya ingin membina hidup yang mantap dan bahagia di sisi Yang Esa. Apabila saya menulis, saya ingin meneguhkan diri saya dengan apa yang saya yakin penting dan penting untuk diri saya. Apabila saya ingin meningkatkan nilai kehambaan, saya akan menggunakan perkataan 'saya'. Namun ia bukan habis di situ sahaja. Yakinkah saya akan menjadi hamba yang baik apabila orang lain tidak menyokong saya menjadi hamba sehingga akhirnya nanti saya terpengaruh dengan persekitaran? Tentu tidak. Oleh itu saya perlu sampaikan. Dan bahasa saya juga agak berbeza, tetapi saya yakin ia akan membawa nilai sinergi dalam hidup saya. Bagaimana?

Read More
POTENSIKoleksi ST-Gallery

Between Hen and Eggs (Art of Guarding and Using PIES)

Dalam diri manusia ada potensi EPIS. Emotional, Physical, Intellect & Spiritual. EPIS ini boleh dilonjakkan untuk menghasilkan sesuatu yang amat baik dalam kehidupan samada untuk dunia atau mencakupi hal akhirat. Namun perlu diingatkan, menggunakan EPIS perlu disekalikan dengan penjagaannya. Kalau diambil sahaja telur tanpa menjaga si ayamnya, lambat laun akan terseksa dan mati si ibu ayam. Bagaimana menjaga EPIS menggunakan kaedah EPIS? Sila lihat dalam jadual berikut.

Read More
SistemikKoleksi ST-Gallery

Bagaimana potensi anda dapat dibangkitkan tanpa gagal?

Ada individu yang tidak sedar potensinya. Ada yang sudah kenal potensi, tetapi tidak tahu mana mahu mula. Ada yang sudah mula, tetapi tidak mampu istiqamah. Ada yang istiqamah, tetapi tidak tahan dengan cabaran luar yang datang. Ada yang tahan cabaran, tetapi tidak kuat untuk diteruskan kerana nampaknya keteguhan yang dibina nampaknya tidak sebagaimana yang diharapkan. Kalau pun ada harapan, pasti atau tidak harapan itu pasti benar? Adakah anda mempunyai cabaran ini? Mari kita analisis bagaimana hal ini boleh dihadapi tanpa gagal. Tanpa gagal!

Read More