Category: 01 Legasi

Mulakan dengan matlamat akhir di minda

Mulakan dengan matlamat akhir di minda

Saya cadangkan untuk kita beristighfar, mohon keampunan kepada Allah swt, bertenang dan mari sama-sama mohon petunjuk daripadaNya. Kosongkan fikiran kita daripada semua perkara, kecuali tentang saranan saya yang kita akan baca berikutnya. ******************************************************************************Bayangkan diri kita sekarang sedang dalam perjalanan menghadiri upacara pengebumian orang yang tersayang. Kita meletakkan kereta, lalu keluar berjalan ke arah jenazah ditempatkan. […]

Kematian itu pasti

Kematian itu pasti

Ketika bercakap dengan isteri di telefon, tiba-tiba nada suara isteriku berubah. “Abang sudah baca mesej di ‘whatsapp’ keluarga?” Aku meneliti isi kandungan mesej tersebut seusai bercakap dengannya. “Doktor memaklumkan kepada mak bahawa jangka hayat mak hanya sekitar setahun hingga setahun setengah sekiranya mak tidak mahu menjalani rawatan.” Rasa mahu terlepas telefon dari tanganku, namun ku […]

Harta dunia

Harta dunia

“Banyak cantik muka mereka, tanah di kampung tu arwah nenek kamu yang beli! Dulu, semasa nenek kamu masih hidup, masing-masing tak mahu tanah itu. Tengoklah sekarang, semua berebut nak beritahu bahawa mereka juga ada bahagian atas tanah itu,” Harun mendengar luahan hati ibunya yang geram dengan sikap adik-beradik arwah ibunya. “Tokcik kamu yang pandai-pandai ubah […]

Misi Kekal

Misi Kekal

James Kim merupakan seorang lelaki yang mempunyai ‘misi kekal’. Ketika berusia 15 tahun, beliau telah mewakili Korea Selatan bertempur di medan perang sehingga cedera parah. Pada saat sedang tenat itu, beliau berdoa kepada Tuhan supaya nyawanya terselamat. Niatnya adalah untuk menunjukkan kasih sayang terhadap musuhnya iaitu tentera Korea Utara dan China. Doa beliau ternyata dimakbulkan. […]

Hero tak didendang

“Ustaz, enta kena tulis cerita ini,” Dr. Razali memulakan perbualan kami tengah hari tadi. Saya mengangguk sambil tersenyum. Mendengar butir-butir berikutnya dari beliau. “Begini, kita tahu ada banyak maahad tahfiz yang tidak berdaftar secara sah. Dan ini boleh mengundang masalah kepada maahad itu sendiri,” sambung beliau. Saat itu, saya teringat sepotong ayat dari surah Al-Fatihah. […]

50 tahun lagi

Saya memang dah lemah sekarang ini dan rasanya kalau tidak diluluskan rancangan kali ini, saya akan meletakkan jawatan, ujar seorang Pengarah di sebuah organisasi. Suatu pagi, kami bertadabbur surah Yasin dari ayat 1 hingga ayat 30. Antara intipati perbincangan berdasarkan tadabbur surah ini adalah kesungguhan seorang pemuda dari hujung kampung yang sanggup sehingga bergadai nyawa […]