Jangan biarkan terik itu membaham sabar Ramadhan

“Aku tengah sabar nie..,” sambil dijengilkan matanya. Ketika di bulan Ramadhan, sabar makin teruji – samada ingin mematuhi iman atau lantas diikut hati.

“Solat adalah sinar, sedekah adalah bukti, sabar adalah cahaya dan al-Quran adalah hujah bagimu.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Apa yang hebatnya dengan sabar terutama di bulan Ramadhan penuh berkat ini?

Antara intelek dan emosi positif

Di luar Ramadhan, sabar ini ‘dibantu’ oleh makanan yang kenyang atau air minuman yang menyejukkan. Mahu marah pada seseorang, lantas pergi ke kedai untuk mendapatkan dahulu teh ais atau dibuka peti ais sambil dicapai coklat sejuk.

Namun di dalam bulan Ramadhan, semua itu tidak ada. Darjah intelek akan menjadi cepat melonjak untuk hadir dengan pelbagai hujah dan fakta bagi menjustifikasikan pelbagai perkara yang berlaku dalam diri. Minda makin tangkas untuk bertindak. Jika emosi positif tidak disekalikan, maka ia akan mengikut hati membuat keputusan.

“Ish budak nie..”

“Kamu ini tidak faham-faham ke?”

Honk! berbunyi di jalan raya.

Benarlah apa yang dinyatakan oleh hadith Nabi: Sabar itu laksana cahaya matahari. Ia panas -tetapi memberi kehidupan kepada alam semesta. Ia mencapai semua tempat untuk diaktifkan. Dalam masa yang sama, ia mempunyai bahang tinggi.

Intelek dan minda akan mudah terlonjak di bulan panas. Emosi yang stabil akan menenangkannya.

Bahang tinggi di bulan Ramadhan

Ramadhan bermaksud panas. Ditambah bahang lapar dan dahaga, bahang mentari di luar sana pasti akan menyebabkan nafsu ingin menggila. Latihan ini memerlukan kesungguhan iman untuk sentiasa ingat ‘Saya berpuasa.”

Jika cahaya matahari itu digunakan dengan baik, akan terbangkitlah anak atau rakan yang tinggi melangit – kukuh asasnya dengan izin Allah. Jika cahaya itu digunakan untuk membakar, habis potensi orang di sekeliling dan akhirnya puasa itu hanya tinggal lapar dan dahaga.

Bagaimana menghadapi bahang panas untuk kita tetap bersabar? Elakkan dari sumber orang sekeliling sebentar ketika sabar diuji. Jangan dilagakan bahang dalam hati dengan orang yang boleh mengapikannya. Air sembahyang amat membantu di samping nur Quran dan solat.

Moga Allah memberi kita kekuatan untuk berada pada terik Ramadhan yang membakar – tetapi kita tetap sejuk bersama nur iman.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Menjadi tangan di atas

Saya sempat bertemu dengan individu yang mengasaskan Tangan Di Atas dari Indonesia - Pak Hertatnto Widodo. Kali ini, saya menjemput

Close