Model satu ayat


Baru-baru ini saya memperkenalkan modul baru kepada peserta dalam topik pengurusan perubahan. Six-Degrees of Separation. Ramai yang tertanya-tanya tentang pengajaran aktiviti tersebut. Saya ada menyentuhnya secara ringkas. Namun ia perlu dilebarkan lagi agar perumpamaan dalam bentuk aktiviti ini mewujudkan pengalaman pembelajaran yang mantap. Yang pasti, satu ayat menerangkan pengajaran sesuatu perkara tidak cukup. Ia tidak bersifat ‘menghilangkan kehausan’.

Kekadang yang pendek itu sweet agar tidak dianggap membebel. Namun kalau usaha yang diberikan itu agak panjang, sudah tentu penerangan dalam satu ayat sahaja tidak memadai. Kalau hidup ini hanya diterangkan oleh satu penyataan sahaja, ia tidak memberi kepastian dan keyakinan. Inilah mentaliti kufur yang boleh difahami dari ayat 25:32.

Dan orang-orang yang kafir berkata: “Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?” Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.

Dalam ayat di atas, mentaliti kufur inginkan sesuatu yang segera, cepat, sekaligus dan pendek. Padahal bertahap-tahap dan diterangkan dalam ayat yang banyak itu bertujuan meneguhkan hati manusia untuk menerima sesuatu kebenaran. Dalam pendidikan dan latihan, ulangan itu penting.

Dalam al-Quran, ada 7 ayat yang diulang-ulang (as-Sab’ul Mathaani) kerana ia akan meneguhkan hati seseorang. Diulang secara fizikal dengan bacaan dalam solat. Diulang secara intelektual kerana ayat-ayat dari Surah al-Baqarah hingga an-Naas mengulang-ulang kandungan as-Sab’ul Mathaani – Surah al-Fatihah. Diulang dalam bentuk emosi apabila dibaca berulang-ulang dengan tartil. Diulang secara spiritual apabila Quran itu dibaca berulang-ulang sebagai ibadah.

Jangan malu untuk mengulang. Walaupun ada yang bosan dengan ayat manusia, tetapi ayat Allah tidak membosankan bagi jiwa yang mencari ketenangan. Itu sebabnya sesuatu idea manusia boleh hilang ‘manisnya’ selepas beberapa ketika. Ia tidak berlaku pada ayat-ayat Allah.

Model satu ayat dan impulse

Ayat Quran atau kandungan Islam boleh dipendekkan dalam satu ayat – jika ada yang mahu. Namun ayat Quran mempunya pelbagai pendekatan dan isi – bagi menerangkan konsep yang sama dalam Surah al-Fatihah.

Dalam kehidupan, apabila kita ingin cepat dan segera, ia lahir dari impulse dalam diri. Cetusan ini penting, namun perlu disusun elok-elok agar ia syumul. Kalau hidup hanya berdasarkan impulse, maka akan lahir banyak status Facebook atau tindakan harian yang semerta – tetapi tidak melambangkan satu model yang baik. Apabila kita dapat berfikir menggunakan model atau sistem, idea semerta atau dangkal akan dapat diminimumkan.

Sebagai contoh, jika kita sedar bahawa ‘si suami perlu berkorban untuk si isteri atau anak’ hasil pengalaman atau cerita yang kita dengar, kaji dan tentukan model apa di mana si suami perlu berkorban. Tidak semua situasi si suami perlu berkorban.

Jika kita keluarkan status intelek yang menghukum atau ekstrem, ia akan memberi kesan pada diri. Kesannya ialah ‘dimakan sumpah’ seperti yang dinyatakan oleh satu artikel dalam Saifulislam.com. Antara status Facebook yang menghukum:

“Takkan nak jadi suami dayus.”

“Takut ke untuk menyatakan kebenaran?”

“Takkanlah pengorbanan sedikit pun tidak mampu.”

Ayat-ayat yang berbau emosi dan dalam masa menghukum itu melambangkan kedangkalan ilmu. Ia dibina atas reaksi dan cara berfikir ‘model satu ayat’.

Sampaikan dariku walau satu ayat

Bagaimana pula dengan hadith di atas ?
Jumlatan wahidah dan ayat adalah dua perkara yang berbeza. Sesuatu ayat yang diterima dari Nabi tidak semestinya perlu disampaikan satu ayat ketika kita berujar.

Perhatikan senario ini:

“Cikgu saya ingin tanya sesuatu,” kata anak murid.

“Baik, saya cuba bantu awak.”

“Apa maksud kongkalingkung?”

“Oh, saya perlu rujuk kamus kalau perkataan begini.”

“Eh cikgu. Kan nabi dan pesan “Sampaikan dariku walau satu ayat”‘

Tepatkah penggunaannya ? Cukupkah ia menerangkan apa yang patut dilakukan oleh guru itu ? Apa yang datang dari Nabi perlu disampaikan, tetapi perlu mematuhi asas ahsan dalam dakwah dan komunikasi. Terbaik dari segi kandungan dan kaedah. Content & context.

 

Moga kita diberi kemampuan untuk berfikir secara menyeluruh dan sistemik. Idea baru memang menarik, tetapi ia tidak cukup diterangkan dalam satu ayat. Jumlatan wahidah itu argumen mentaliti yang kurang syukur kepada Ilahi yang memahami jiwa hambaNya. Lapiklah dengan ‘setahu saya’ atau ‘saya tengah belajar’.

Alamat Email:

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Syukur yang lepas, syukur ke hadapan

"Bolehkah bersyukur perkara yang ada di hadapan ?" tanya salah seorang peserta yang baru diperkenalkan idea Appreciative Inquiry. "Boleh, dengan...

Close