Minta tolong?

Ada 11 kali perkataan ‘minta tolong’ diulang dalam al-Quran.

Berikut saya senaraikan dengan makna bersama konteks.

  1. Nabi dituduh dibantu untuk menghasilkan al-Quran
    (وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَذَا إِلا إِفْكٌ افْتَرَاهُ وَأَعَانَهُ عَلَيْهِ قَوْمٌ آخَرُونَ فَقَدْ جَاءُوا ظُلْمًا وَزُورًا (٤

    25:4 Dan orang-orang yang kafir itu berkata: “(Al-Quran) ini hanyalah satu perkara dusta Yang direka-reka oleh Muhammad, dan ia dibantu membuatnya oleh kaum Yang lain”. maka (dengan kata-kata itu) Sesungguhnya mereka telah mendatangkan satu tuduhan Yang zalim dan dusta.

     

  2. Dzulqarnain menyeru bantuan dari rakyatnya dalam membina projek keselamatan negara
    (قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا (٩٥

    18:95 Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) Yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku Dengan tenaga (kamu beramai-ramai) Aku akan bina antara kamu Dengan mereka sebuah tembok penutup Yang kukuh.

  3. Tolong atas dasar kebajikan dan taqwa

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تُحِلُّوا شَعَائِرَ اللَّهِ وَلا الشَّهْرَ الْحَرَامَ وَلا الْهَدْيَ وَلا الْقَلائِدَ وَلا آمِّينَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلا مِنْ رَبِّهِمْ وَرِضْوَانًا وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُوا وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَنْ صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَنْ تَعْتَدُوا وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (٢

    5:2 Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan Yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang Yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang Yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, Yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan Ibadat Haji di tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjid Al-Haraam itu – mendorong kamu menceroboh. dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).

  4. Bukan tolong atas dasar dosa dan permusuhan

    Rujuk ayat dalam nombor 3

  5. Dengan beribadat, layak bagi seorang hamba memohon pertolongan dari Allah semata-mata

    إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (٥)
    1:5 Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.

  6. Seruan sabar dan solat sebagai cara mendapat pertolongan dari Allah

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ (١٥٣

    2:153 Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar

  7. Nasihat Nabi Musa: Minta tolong dengan Allah dan bersabar
    قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ اسْتَعِينُوا بِاللَّهِ وَاصْبِرُوا إِنَّ الأرْضَ لِلَّهِ يُورِثُهَا مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ (١٢٨)

    7:128 (Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: “Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa”.

  8. Minta tolong dengan sabar dan solat – berat kecuali yang khusyuk

    وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلا عَلَى الْخَاشِعِينَ (٤٥)

    2:45 dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk;

  9. Sabar adalah cantik apabila mengharapkan Allah sebagai penolong

    وَجَاءُوا عَلَى قَمِيصِهِ بِدَمٍ كَذِبٍ قَالَ بَلْ سَوَّلَتْ لَكُمْ أَنْفُسُكُمْ أَمْرًا فَصَبْرٌ جَمِيلٌ وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ (١٨)

    12:18 dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf Dengan darah palsu. bapa mereka berkata: “Tidak! bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). kalau demikian, Bersabarlah Aku Dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah Yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa Yang kamu katakan itu.”

  10. ar-Rahman yang akan sentiasa menolong ketika kerosakan berlaku

    قَالَ رَبِّ احْكُمْ بِالْحَقِّ وَرَبُّنَا الرَّحْمَنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ (١١٢)

    21:112 (Nabi Muhammad merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku, hukumkanlah (di antara Kami Dengan mereka) Dengan Yang benar; dan Tuhan Kami ialah Yang melimpah-limpah rahmatNya Yang dipohonkan pertolonganNya terhadap apa Yang kamu sifatkan itu”.

  11. Pertengahan umur dan sifatnya

    قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّنْ لَنَا مَا هِيَ قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ لا فَارِضٌ وَلا بِكْرٌ عَوَانٌ بَيْنَ ذَلِكَ فَافْعَلُوا مَا تُؤْمَرُونَ (٦٨)

    2:68 Mereka berkata pula: “Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada Kami Bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?” Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu Yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa Yang diperintahkan kepada kamu melakukannya”.

Seekor yang amat muda tidak bermaya, seekor yang amat tua juga tidak bermaya. Antara muda dan tua ini disebutkan sebagai pertengahan . Seseorang yang pertengahan mampu untuk bertindak – tidak terlampau ekstrem dan bertindak dengan matang apabila melakukan sesuatu.

 

 

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Quranku Berfungsi

"Aku perhatikan pelajar di sini bersih dan berakhlak." "Pasal mereka menghafaz Quran." "Tapi mengapa di tempat satu lagi, tetapi berbau

Close