Azam selepas jelas tekniknya

“Ahmad, aku sedar bahawa tahun Hijrah sudah menjelang. Aku ingin berubah, namun apakan daya. Banyak perkara yang kena fikir nie…” kongsi Halim.

Menurut Imam Ibn Qoiyim al-Jauziyah, untuk mengamalkan ayat ‘Iyyaka na’budu wa iyyaka nastaeen’, ada 4 langkah mengikut turutan:

  1. Kesedaran (yaqazah)
  2. Nampak jelas (baseerah)
  3. Tahu ilmu dan pemikiran (fikrah)
  4. Mantap dalam jiwa untuk bertindak (azam)

Bagi melakukan sebarang perubahan untuk menjadi hamba yang dekat dengan Pencipta-Nya, perlu melalui tahap di atas. Sedar itu penting selepas tahu. Namun ia perlu diteruskan dengan tahap kedua, ketiga dan keempat.   Jika ia tidak ada baseerah, sedar itu tidak membawa ke mana kerana tidak kuat semangat untuk meneruskan kesedaran. Kalau sudah nampak jelas, ia perlu diadun dengan ilmu dan kemahiran. Kemahiran ini perlu dipasakkan kukuh agar bersedia untuk mengambil tindakan ke arah kejayaan.

 

Pernah anda berazam tetapi tidak dapat jauh ia berlari? Pernah anda ingin buat sesuatu minggu depan tetapi tersungkur di pertengahan? Pernah anda ingin buat pelbagai perkara tetapi tidak kesampaian?   Kalau ia berlaku, sudah masanya untuk semua harapan dan niat itu disokong oleh satu ilmu dan teknik yang dapat menyokong kita sepanjang perjalanan itu.

Salah satu teknik ialah menggunakan  Timeline & Setting Goal A+. Ia digunakan bagi membawa anda ke puncak jaya. Insha-allah.    

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
CASIC – Kalau saya jadi fasilitator?

Salah seorang peserta dalam program mingguan di Akademi Sinergi bertanya: "apa yang perlu saya buat ketika menjadi fasilitator?" Saya jawab

Close