‘Long term result, short term process’

“Aku tak tahu bagaimana nak buat kerja.”

“Mengapa?” Tanya Ahmad.

“Bila aku fikir pasal result, aku tension. Bila aku fikir pasal apa yang aku buat sekarang, sampai ke aku kepada hasilnya nanti…”

“Ohhh, mudah je”

Long term result, short term process

“Macam mana tu?”

“Begini. Kalau kau tengah bimbangkan result pada diri kau, tiada masalah. Tapi mesti diseimbangkan dengan apa yang kau buat sekarang. Proses untuk jangka masa pendek. ”

“Bagi contoh sikit,” minta Ali.

“Katakan kau nak gaji RM 5000 sebulan dalam masa 3 bulan dari sekarang. Itu result. Long term. Belum dapat lagi. Tapi target itu perlu disetkan awal. Jangan hidup tanpa target.”

“Ok aku faham.”

“Biasanya bila nampak target itu agak jauh atau belum ada lagi SEKARANG, kita akan mula keluh kesah. Betul tak?”

“Haah, itulah yang aku rasa selama ini. Kalau aku nak setkan KPI sahaja pada diri, aku mula keluh kesah.”

“Ok, di situlah peranan SHORT TERM PROCESS. Kau perlu lihat apa yang kau buat hari ini dan esok. Kalau kau dah ada apa yang akan dibuat hari ini, esok sampai kepada hari RESULT keluar, ┬ákau dah tak payah nak keluh kesah dah. Pasal apa?”

“Pasal aku dah mulakan sesuatu dan ikut on track. Ikut timeline,” jawab Ali

“Hah. Pandai pun. Orang yang keluh kesah tu pasal dia tak mula atau tak ‘on the track’. Masa balik kampung, kau tak payah fikir sangat hujung tu di kampung. Just rancang ke hujung sekali sekali, kemudian ikut trek yang betul. Insha-Allah sampai kampung. ”

“Dan ‘cherish the moment’ sepanjang perjalanan kan?”

Ahmad senyum.

 

Jika uruskan orang lain?

“Eh Ahmad, kalau aku ada staf, macam mana pulak?”

“Sama je formula. Tengok staf kau ada target tak yang dia bersungguh-sungguh. Kemudian tengok rutin hariannya. Staf yang bagus dan produktif sentiasa ada target baru dalam kehidupan. Itu perlu diuruskan untuk dimasukkan dalam kotak-kotak yang sesuai. Kemudian tengok hari-hari dia ada buat apa. ”

“Perlu monitor?”

“Awalnya monitor. Lepas dah ada result, lepaskan sahaja dengan perbincangan ‘hasil’ dari semasa ke semasa. Peringkat awal je yang perlu monitor result dan proses. Bila dia sudah powerful dengan konsep Long Term Result dan Short Term Process ini, mudah je bagi kau. Cakap sahaja apa sahaja idea, insha-allah dia boleh proseskan dengan baik.”

“Baik. Aku tanya nie pasal aku sendiri pun pening jugak. Nak push KPI, takut dia tertekan. Tak nak push pula, dia kerja tanpa ada bench mark.”

“Memanglah kau kena tanya sikit. In the end, kau kena bayar gaji dia juga.”

Ali Angguk

 

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Ganjaran dunia & ganjaran akhirat

Apabila melihat kehidupan, ada ganjaran dunia dan ada ganjaran akhirat. Dua-dua perlu dilihat dengan saksama kerana ia dua-duanya menjadi isi

Close