CoRT secara ringkas


CoRT ialah Cognitive Research Trust – membekalkan 58 alat untuk berfikir oleh Edward de Bono. Saya mengkaji dan membandingkan dengan Ulul Albab yang mengandungi 16 ayat panduan dalam Quran.

Secara ringkas, apakah kandungan dalam CoRT?

Sesuatu perkara ada kelebarannya. Ia difikirkan menggunakan tool CoRT 1

Apabila ia diperoleh, ia disusun dengan baik. Ia menggunakan CoRT 2

Kemudian ada interaksi dengan manusia lain dalam melihat sesuatu idea. Cara untuk berinteraksi ini ialah CoRT 3

Kemudian perlukah diubah atau dicari idea kreatif? Gunakan CoRT 4

Dalam berhadapan dengan sesuatu perkara, ada elemen info (IQ) dan perasaan (EQ). Bagaimana menyemaknya? CoRT 5

Selepas info diproses dengan CoRT 1, disusun dengan CoRT 2, dilihat dalam sudut lain dengan CoRT 3, diubah dengan CoRT 4 dan dilihat sisi intelek serta emosi dengan CoRT 5, maka ia akan diproses untuk tindakan dengan CoRT 6.

Apa kaitan dengan 16 Sifir Ulul Albab?

Ada 16 ayat dalam Quran berkaitan membina generasi Ulul Albab.

Sudah tentu ayat-ayat Ulul Albab lebih tinggi daripada CoRT. CoRT adalah usaha mengoptimumkan akal – yang diseru dalam Quran.

Ada 3 kategori bagi ayat-ayat Ulul Albab – Ensiklopedik, Quranik & Ijtihadik.

Untuk menjadi Ensiklopedik, kemahiran CoRT 1-5 amat diperlukan untuk memproses sesuatu ilmu dengan baik dan matang.

Untuk menjadi Quranik, CoRT mengoptimumkan akal dalam berinteraksi dengan Quran. Akal sejahtera akan dapat melonjakkan cahaya Quran masuk ke dalam hati – lantaran di peringkat sadr dan qalb serta fuaad, ia diberi perhatian dalam CoRT.

Untuk menjadi Ijtihadik, CoRT 1-6 amat diperlukan.CoRT 6 adalah action-biased atau berat kepada mencari sisi praktikal dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Cahaya di akal apabila disinari cahaya dari wahyu, akan terang benderanglah alam ini.

Moga ia bermanfaat dalam mengoptimumkan kapasiti akal yang dibekalkan oleh Allah.

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Read previous post:
Konflik berlaku kerana meletakkan wajib pada semua nampak ‘baik’

Ada idea Kemudian terus tulis idea Dan anggap ia sudah menjadi arahan dan untuk dilaksanakan Padahal ia baru cadangan Disiplin...

Close