Koleksi ST-Gallery

Berikut ialah koleksi artikel dari ST-Gallery.com. Untuk perhatian, excerpt dan artikel tidak bersatu ketika proses import. Diharap pembaca dapat bersabar untuk urusan teknikal untuk memastikan artikel penuh ketika anda klik sesuatu tajuk. Jika anda dapati sebarang artikel tidak penuh, sila maklumkan kepada kami. Terima kasih

Koleksi al-MuntalaqKoleksi ST-Gallery

Siri Asmaullahul Husna (SAAH)

"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, seratus kurang satu. Barangsiapa menghitungnya akan masuk syurga." (HR Bukhari: 2736)

Hadis tersebut  memang  banyak disebut namun apakah kefahaman sebenar tentang AAH ini? Mengapa ramai pelajar yang mengumandangkan AAH ini namun tidak mampu untuk menunjukkan ciri individu masuk syurga?

Menurut Prof Dr Umar Sulaiman al-Asyqar, banyak buku yang ditulis berasaskan tema ini – Asmaullahul Husna – tetapi ada antaranya tidak meletakkan sumber yang saheeh apatah lagi praktikal dalam kehidupan seharian. Insha-Allah dalam siri AAH ini, saya akan cuba menukil beberapa karya serta berkongsi ilmu bagi memastikan AAH ini mampu difahami dengan baik lantas menjadi pemudah dalam urusan kita mendapat syurga Ilahi.

Jika ada sebarang komnetar atau cadangan tambahan daripada netter sekelian, sila balas sebarang artikel yang akan diposkan nanti.

Read More
SistemikKoleksi ST-Gallery

Manusia mencari identiti

Kekadang saya merasakan program mencari identiti ini seperti tidak real apatah lagi kalau ia tidak mampu meyakinkan saya bahawa ia memang amat penting. Seorang kawan saya ada meng-email konsep self-realize dan saya rasakan bahawa memang ramai yang tidak sedar siapakah diri mereka. Hal ini ditambah lagi apabila saya membaca Presence karya Peter M Senge dan rakan-rakannya. Ramai sungguh manusia tidak sedar hakikat kewujudannya. Malah saya sendiri pun sepatutnya lebih serius dalam mencari erti identiti itu sendiri. 

Read More
POTENSIKoleksi ST-Gallery

Realiti syahadah yang perlu difahami dari aspek fizikal(PQ),intelek(IQ),emosi(EQ) dan spirituil (SQ)

Lafaz Laillahaillallah Muhammadurrasulullah merupakan satu kalimah yang agung di dalam menyatakan konsep rabb yang sebenar bagi individu yang meyakini akan wujudnya Tuhan. Terdapat dua komponen yang penting di dalam penyataan ikrar  (al-iqrarr) tersebut iaitu komponen vertikal dan horizontal (3:112). Bagi seseorang manusia itu, keimanan terhadap komponen vertikal: Allah ialah rabb atau illah ialah satu manifestasi dalam menyatakan kebenaran hakikat penciptaan dirinya sendiri. Dari manakah asal usul ‘saya’ sebenarnya, untuk apa saya di ‘wujud’kan di dalam dunia ini dan kepada siapakah untuk saya bersujud? Manakala komponan horizontal pula, contoh tauladan apakah yang perlu saya contohi dan keperibadian/ akhlak siapakah yang perlu saya ikuti?

Read More
Koleksi ST-GallerySistemik

Penyelesaian masalah semantik dalam diri

Saya bertemu dengan seorang pelajar yang mempertikaikan usaha sesetengah kumpulan yang mengkaji hikmah ibadah dalam Islam. Kali ini saya mendengar dahulu – seperti biasa – kemudian barulah saya mencari kaedah penyelesaian untuk membetulkan mana-mana yang boleh dibaiki. Katanya, "Saya tak setuju orang yang mengkaji hikmah solat. Ibadah adalah penyerahan kepada ALlah, bukannya untuk dikaji dan dilihat aspek kesihatan dan sains-nya". Saya angguk kepala. Dia berkata lagi. "Yang perlu dilihat ialah kejadian dan fikir pasal alam. Bukannya ibadah. Tiada daleel, kan?"

Read More