Koleksi ST-Gallery

Berikut ialah koleksi artikel dari ST-Gallery.com. Untuk perhatian, excerpt dan artikel tidak bersatu ketika proses import. Diharap pembaca dapat bersabar untuk urusan teknikal untuk memastikan artikel penuh ketika anda klik sesuatu tajuk. Jika anda dapati sebarang artikel tidak penuh, sila maklumkan kepada kami. Terima kasih

Hidayah...Mencari TuhanKoleksi ST-Gallery

Hidayah…Mencari Tuhan 6

"Tapi ustaz, saya rasa ustaz nie peliklah. Kalau ustaz atau ustazah lain, mereka nakkan saya masuk Islam. Mereka kata kita rugi kalau tak masuk Islam. Nanti masuk neraka. Mereka suruh saya sembahyang, zikir, baca Quran dan sebagainya. Saya diajar untuk jujur. Saya merasakan kalau saya tidak jelas apa yang saya buat, saya tak akan buat. Salah ke ustaz?"

Aku diam. Hidayah menduga dengan penuh jujur, aku rasakan.

Read More
Hidayah...Mencari TuhanKoleksi ST-Gallery

Hidayah…Mencari Tuhan 5

Wajarkah aku menanti saat ‘pasti’ dan ‘pasti meyakinkan’ itu sehingga akan tertimpa ujian daripada Allah? Sejarah Nabi menjelaskan dengan jelas. Hidup akan penuh ujian. Kalau bukan ujian itu hasil gerak kerja kita dalam melaksanakan usaha dakwah, maka Allah akan memberi ujian tersebut dalam bentuk lain. Namun ujian bentuk lain ini mungkin datang sekali dua sahaja. Kalau berjaya dihadapi, ia akan mendekatkan diri kepada Tuhan. Jika tidak, mungkin kita gagal dalam hidup lantas kerana kita amat takbur dengan Tuhan yang menjadikan kita.

"Pernah dengar kisah Firaun yang tak sakit-sakit 500 tahun?" 

Read More
Hidayah...Mencari TuhanKoleksi ST-Gallery

Hidayah…Mencari Tuhan 4

"Ustaz, perbincangan yang akan kita laksanakan ini bukanlah penceritaan diri saya sahaja. Saya akan sekalikan dengan pengalaman kawan-kawan saya. Dan saya juga ingin bertanya beberapa soalan  yang diharapkan ustaz tidak bosan menjawabnya, ya?"

Aku mengangguk. Senyum.

"Bukan apa ustaz. Saya tak nak menyakiti hati ustaz."

"Hidayah, tak de soalan yang menyakiti pun kerana kita semuanya mencari Tuhan. Kekadang apabila kita rasakan soalan itu tidak sesuai tetapi kita bermain sentiasa dengan persoalan tersebut, ia akan menyebabkan diri kita sakit dan makin parah. "

Hidayah mengangguk-angguk. Ada satu jaminan. Nampak kepuasan pada raut mukanya yang awalnya nampak sugul kerana bermain dengan perasaan mencari kebenaran. 

Read More
Hidayah...Mencari TuhanKoleksi ST-Gallery

Hidayah…Mencari Tuhan 3

Hari ini aku berjalan sendirian dan mengelamun apa yang berlaku. Aku cuba untuk mendalami hidup ini yang penuh dengan cabaran agar aku dapat bersyukur dengan apa yang ada. Sebelum ini, hidupku dirasakan lancar dan tidak perlu memikirkan banyak pasal Tuhan. Namun setelah bergelumang dengan dunia perniagaan dan manusia, aku baru merasakan sesuatu yang amat bermakna. Kebergantungan kepada Tuhan itu amat penting. Pencarian Tuhan ini bukan sekadar untuk dikenali tetapi untuk didekati. Hidayah yang mencari Tuhan sebenarnya adalah refleks kepada keperluan setiap insan kepada Tuhan dalam segenap perkara yang dilaksanakan. Pengawasan dan kebergantungan itu sepatutnya 24 jam sehari dan sepanjang minggu dan tahun. Kalau ia menurun, itulah maksudnya saat iman kita turun.

Read More
Hidayah...Mencari TuhanKoleksi ST-Gallery

Hidayah…Mencari Tuhan 2

Aku cuba untuk bertanya pada Hidayah. Tidak pernah aku mendapat mesej sms atau telefon daripada Hidayah sebelum ini. Tapi hari ini aku dapat semasa aku ke utara untuk menghantar ahli keluargaku di samping bertemu dengan rakan seperjuangan di sana. ‘Tentu Hidayah mencari aku’. Aku bergegas untuk menelefon. Rupanya line di kawasan situ tidak jelas menyebabkan aku sekadar mendengar suara, ‘Ustaz Fazrul, Hidayah nak balik ke rumah…"

Tut..tut..tut…. 

Read More
POTENSIKoleksi ST-Gallery

Set Prinsip Moral – Dimensi 99

Pada 29 Ogos 2007 lepas, saya berpeluang untuk mengendalikan program 'Success Camp' di Port Dickson. Peserta yang hadir adalah seramai 78 orang (lelaki dan perempuan) dan mereka ini juga mempunyai latarbelakang kepercayaan (belief) yang berlainan; Islam, Budha, Free Thinker dan Kristien. Pada hari tersebut, saya diminta untuk membawa dua slot yang berbeza; ceramah dan muhasabah. Tajuk ceramah yang saya bawa ialah mengenai 'Universal Values'

Read More