fITNAH iSLAM

Islam, satu cara hidup yang Allah turunkan kepada seluruh manusia termasuk golongan manusia yang terdahulu. Mereka di berikan peringatan sepanjang masa dan waktu dengan diturunkannya kepada mereka seorang wakil di kalangan mereka supaya menyebarkan amaran dan peringatan kepada mereka yang tidak mengetahui. Para nabi dan Rasul telah menjadi saksi kepada turunya kalamullah kepada manusia dengan tertanggungnya para nabi dan Rasul memikul tanggungjawab dakwah ini. Kesempurnaan dan keaslian ar-Risalah Islam yang diturunkan tidak ada sedikit pun percanggahan dan pertembungan dengan perkara-perkara yang batil kerana ianya di jamin dan sah mendapat pemeliharaan dari Allah akan isi kandungannya dari diubah oleh tangan-tangan manusia.

Read more

Aduhai Orang Muda!

Alhamdulillah, tepat pada jam 3, 1 November 2007, tamat sudah program Suci Dalam Debu bersama dengan pelajar tingkatan 1 hingga 2. Mereka ini di kategorikan oleh pihak sekolah dengan gelaran 'high risk'. Tetapi saya lebih suka melihat mereka ini adalah orang yang berpotensi. Mengapa saya mengatakan begitu? Ini adalah kerana mereka ini mempunyai kebolehan dan semangat yang amat kuat dalam melakukan sesuatu. Inilah mereka yang berpotensi sebenarnya.

Read more

Nilai Dalaman (Inner Values)

Saya ingin bawakan satu cerita yang amat hebat sekali. Saya kira, amat jarang sekali dikalangan kita mengamalkan dengan apa yang telah di amalkan oleh mereka ini. Cerita ini ada diterangkan di dalam himpunan kitab Al Bukhari, Muslim dan Al Nasaie dan Abu Hurairah ada menceritakan bahawa, ada seorang lelaki berjumpa dengan Muhammad*. Dan lelaki itu pun berkata kepada Muhammad*, ‘Wahai Muhammad, aku sedang menghadapi masalah yang amat besar(masalah ekonomi)’. Maka, Muhammad* menyuruh lelaki tadi agar menemui isteri-isterinya. Namun, tidak ada satupun isteri Muhammad yang mempunyai bekalan makanan yang mencukupi dan hal ini sampai kepada Muhammad* semula.

Read more

Principles of Success in the Light of the Seerah

Effective Leadership principles of Prophet Muhammad (s)

It is a well-known fact that the Prophet of Islam (saw) was the supremely successful man in the entire human history. But he was not just a hero, as Thomas Carlyle has called him. According to the Qur'an, he was the best example for all mankind. He has shown us the way of achieving supreme success in this world. By studying the life of the Prophet (saw), we can derive those important principles which were followed by the Prophet (saw). Indeed, the Prophet of Islam (saw) was a positive thinker in the full sense of the word. All his activities were result-oriented. He completely refrained from all such steps as may prove counter-productive.

 

Read more

Model P-I-E-S menuju SUCCESS!

Model untuk menuju kepada kejayaan atau success harus bergantung kepada model yang dianjurkan oleh Al-Quran. Manusia yang berjaya ialah manusia yang mempunyai nilai (values) yang tinggi di sisi Allah s.w.t. Nilai yang ada pada mereka mampu membawakan mereka kepada kejayaan (success) yang sangat tinggi nilainya. Menurut tafsir Al Mishbah, mereka yang menuju kepada success ini digelar sebagai PEJUANG.

Apakah nilai atau ciri-ciri yang harus ada pada orang yang PEJUANG success itu?

Read more

Anjakan Dimensi RITUAL > SPIRITUAL > EHSAN

Apabila anda merujuk di dalam hadith ke dua dalam himpunan hadith Imam Nawawi (atau nama lainnya hadith Jibrail), anda akan dapati bahawa, hadith tersebut ada menekankan tiga komponen yang berlainan dimensi, tetapi mempunyai titik pertemuan yang amat besar impaknya dalam kehidupan seharian. Jika anda mampu memahami satu-persatu dimensi ini menerusi rutinisasi atau kebiasaan anda, maka anda mampu mengubah dimensi rutin atau ritual anda kepada dimensi spiritual beserta dengan 'ikhlas', insyaAllah anda akan mampu memasuki dimensi ehsan yang tinggi dan tidak terhingga energinya.

Read more