Bagaimanakah caranya anda memahami konsep tawakal?

Bagaimanakah caranya anda memahami konsep tawakal secara menyeluruh? secara praktikalnya ya? Saya harap anda mampu memberi respon yang baik ttg konsep tawakal anda tentang kehidupan anda seharian di muka bumi ini. Saya yakin, anda semua mempunyai pelbagai dimensi pengalaman yang hebat-hebat belaka dalam menggunakan konsep tawakal yang telah difahami sebelum ini.

saya harapkan anda tuliskan sedikit respon anda mengenai 'bagaimanakah aku memahami konsep tawakal dalam kehidupan seharian ku?  kepada email saya: syamiligers@yahoo.com

 

 

Read more

Kenalpasti belenggu diri kita sendiri

Setiap manusia pasti menghadapi masalah dalam kehidupan seharian. Memang tidak terlepas, dan ianya seolah-olah satu pakej yang harus dibawa sekali oleh manusia itu. Persoalannya kini, mengapa kita harus pikul semua ini? Tiada carakah untuk mengelak dan menjauhi diri dari masalah yang timbul dalam kehidupan seharian? Ada tak formula untuk membuang segala masalah ini dalam diri kita?

Read more

Manusia yang berjaya ialah manusia yang jujur

Jika kita melihat formula atau prinsip yang telah lama ditonjolkan oleh Rasulullah s.a.w. sejak baginda dari kecil hinggalah kerasulan baginga, beliau amat berpegang teguh kepada nilai (values) langit yang Maha Hebat. Tidak mustahilah mengapa manusia yang hidup pada zamannya itu mampu merasai kehangatan nilai yang dibawa oleh baginda sehinggakan gelaran al-amiin itu menjadi gelaran yang paling sesuai untuknya.

Read more

Lima sebelum lima

Kehidupan umat manusia di dunia kini penuh dengan kesibukan dan penumpuan fokus yang begitu tinggi dengan kerja seharian. Penumpuan terhadap pencarian harta seperti wang, emas, tanah, rumah dan sebagainya, telah menjadi satu perkara yang penting di dalam kehidupan manusia kini. Kemewahan serta kegemahan seolah olah menjadi prioriti di dalam mengejar keselesaan di dunia yang bersifat sementara ini.

Read more

Dulu, Sekarang dan Masa Depan

Penekanan terhadap masa merupakan satu perkara utama di dalam kehidupan seseorang muslim. Ianya  perlu dititik beratkan kerana Tuhan telah bersumpah di dalam firmannya yang bermaksud

 

“Demi masa, sesunguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh dan saling berwasiat dengan kebenaran dan saling berwasiat dengan kesabaran” (Surah al-Asr: 1-3)

Read more

Kejutan batin buat mereka yang bergelar pemuda

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. yang telah banyak memberi peluang dan ruang kepada kita sejak dari lahir di muka bumi, sehinggalah pada saat ini, anda sedang memegang dan membaca buku yang akan memberi kejutan kepada anda. Segala puji dan tasbih dalam kita mengingati serta menyeru nama-nama Tuhan Yang Maha Indah, asmaul husna yang mana ianya banyak memberi manfaat serta kelebihan dalam menyeru dan menyebut akan namaNya. Saya yakin, mereka yang sedang membaca buku ini adalah mereka yang senantiasa mengingati dan menyebut nama-nama Tuhan yang indah bagi tujuan menggetarkan hati dan sanubari bagi memperolehi keredhaan dan rahmat dari Ar Rahman dan Ar Rahim.

Read more

Antara Jantung dan Hati

 
Kita orang Melayu  sangat keliru antara istilah Jantung dan hati.  Perkataan “jantung” dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai “heart”; manakala “hati” pula ialah liver.  Kedua-dua organ dalaman ini terletak di tempat yang berlaian dan mempunyai fungsi yang berbeza.  Heart atau jantung bertindak mengepam dan membersihkan darah dalam badan kita dan hati atau liver pula menyimpsn glukosa.  Dalam Webster’s Dictionary heart disebut sebagai “…the seat of emotion” yakni tempat tersimpannya perasaan atau emosi. Oleh itu nyatalah perasan kita terletak di jantung – bukan hati !  Begitu jugak semua ahli psikologi dan psikiatri menganggap emosi terletak di jantung (heart). Contohnya ketika kita marah kenapa muka kita jadi merah ?  Jawabnya ialah kerana darah dari jantung kita sudah di pam oleh jantung naik ke muka kerana perasaan kita terletak di jantung..  Nyatalah di sini jantung memainkan peranan mencetuskan perasaan kita – bukannya hati (liver).  Tetapi anehnya kita orang Melayu menganggap perasaan itu datangnya dari hati hinggakan terlalu banyak simpulan bahasa kita yang menyatakan perasaan dikaitkan dengan “hati” misalnya sakit hati, busuk hati, tawar hati, keras hati dll.  Apakah kita berpendapat perasaan itu datangnya dari hati (liver) bukan jantung (heart) ?
Read more