Solusi Kepada Tadsiah (Mengotori Jiwa);Sarana Untuk Mendapatkan Sukses

Manusia yang hidup pada zaman era millennium ini semakin hari semakin ‘terhimpit’ dengan pelbagai perkara. Sebagai contoh, kehidupan berkerja; bermula dari jam 8 hingga 5 petang, mampu mendatangkan tekanan atau ‘stress’ yang amat dahsyat. Jika kita pula seorang pendidik, tekanan yang mungkin diterima ialah karenah pentadbiran, murid/ pelajar, kalangan guru sendiri dan pelbagai lagi. Jika kita sebagai mahasiswa/I, sudah pasti akan mengalami ‘stress’ yang banyak; siapkan assignment, kuliah, tutorial, kelas tambahan, mesyuarat kelab/ persatuan dan sebagainya. Akhirnya, akibat dari tekanan atau stress yang diterima itu telah melahirkan beberapa penyakit di dalam diri manusia. Lantas membuatkan manusia itu semakin ‘sakit’dan akhirnya menuju kepada Khaib (gagal).

Read more

Set Prinsip Moral – Dimensi 99

Pada 29 Ogos 2007 lepas, saya berpeluang untuk mengendalikan program 'Success Camp' di Port Dickson. Peserta yang hadir adalah seramai 78 orang (lelaki dan perempuan) dan mereka ini juga mempunyai latarbelakang kepercayaan (belief) yang berlainan; Islam, Budha, Free Thinker dan Kristien. Pada hari tersebut, saya diminta untuk membawa dua slot yang berbeza; ceramah dan muhasabah. Tajuk ceramah yang saya bawa ialah mengenai 'Universal Values'

Read more

Realiti syahadah yang perlu difahami dari aspek fizikal(PQ),intelek(IQ),emosi(EQ) dan spirituil (SQ)

Lafaz Laillahaillallah Muhammadurrasulullah merupakan satu kalimah yang agung di dalam menyatakan konsep rabb yang sebenar bagi individu yang meyakini akan wujudnya Tuhan. Terdapat dua komponen yang penting di dalam penyataan ikrar  (al-iqrarr) tersebut iaitu komponen vertikal dan horizontal (3:112). Bagi seseorang manusia itu, keimanan terhadap komponen vertikal: Allah ialah rabb atau illah ialah satu manifestasi dalam menyatakan kebenaran hakikat penciptaan dirinya sendiri. Dari manakah asal usul ‘saya’ sebenarnya, untuk apa saya di ‘wujud’kan di dalam dunia ini dan kepada siapakah untuk saya bersujud? Manakala komponan horizontal pula, contoh tauladan apakah yang perlu saya contohi dan keperibadian/ akhlak siapakah yang perlu saya ikuti?

Read more

Perlukah Kita Memotivasikan Para Pendakwah Kita?

Program motivasi kini semakin hangat permintaannya. Tidak kiralah di mana-mana sektor swasta atau badan-badan kerajaan, malah di ipt-ipt serta sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Bahkan bukan di Malaysia sahaja, malah seluruh dunia memerlukan khidmat motivasi bagi tujuan meningkatkan produktiviti setempat. Bukankah memberi motivasi ini seolah-olah satu ‘kerja’ yang mampu memberi ‘solution’ atau penyelesaian kepada mereka yang bermasalah agar menemui jalan yang lurus?

Read more