Nilai Dalaman (Inner Values)

Saya ingin bawakan satu cerita yang amat hebat sekali. Saya kira, amat jarang sekali dikalangan kita mengamalkan dengan apa yang telah di amalkan oleh mereka ini. Cerita ini ada diterangkan di dalam himpunan kitab Al Bukhari, Muslim dan Al Nasaie dan Abu Hurairah ada menceritakan bahawa, ada seorang lelaki berjumpa dengan Muhammad*. Dan lelaki itu pun berkata kepada Muhammad*, ‘Wahai Muhammad, aku sedang menghadapi masalah yang amat besar(masalah ekonomi)’. Maka, Muhammad* menyuruh lelaki tadi agar menemui isteri-isterinya. Namun, tidak ada satupun isteri Muhammad yang mempunyai bekalan makanan yang mencukupi dan hal ini sampai kepada Muhammad* semula.

 

Apabila Muhammad* mendapati isteri-isterinya tidak dapat menyediakan makanan untuk lelaki tadi, maka Muhammad pun berjumpa dengan seorang sahabat dari kalangan Anshar lalu berkata, ‘Sesiapa yang dapat membantu dengan memberi makanan kepada lelaki ini, meerka akan mendapat kemuliaan’, kata Muhammad. Lalu, lekaki tadi pun mengajak lelaki tadi ke rumahnya.

 

Apabila sampai sahaja di rumahnya, lelaki tersebut memanggil isterinya lalu berkata, ‘Hari ini kita mempunyai tetamu istimewa. Tolong sediakan makanan untuknya. Janganlah engkau sembunyikan walau sedikitpun makanan untuknya’. Isterinya pun berkata kepada si suaminya, ‘ Wahai suamiku, aki tidak mempunyai persediaan makanan kecuali semangkuk gandum untuk si anak’. ‘Jikalau begitu, tidurkan saja anak-anak kita ketika waktu makan dan kita berikan sahaja semua makanan itu kepada tetamu kita. Dan pada ketika waktu makan, kita matikan sahaja lampu itu supaya tetamu kita tidak mensyaki yang kita tidak makan bersamanya. Kita pura-pura sahaja sedang makan bersamanya’, kata suami itu kepada isterinya dan isterinya pun taat dengan cadangan si suami.

 

Pada keesokan harinya, tetamu itu pun memohon diri dan terus berjumpa dengan Muhammad* lalu menceritakan segala-galanya apa yang berlaku pada waktu malam semalam di rumah sahabatnya itu. Muhammad* begitu kagum dan akhirnya datanglah ayat Al-Quran yang bermaksud;

 

Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan (Al Hasyr:9)

 

Apakah titik pengajaran (learning point) dari kisah ini?

 

Ia menggambarkan tentang nilai (values) yang amat tinggi iaitu

 

1.      Prihatin (concern)

2.      Simpati (sympathy)

3.      Empati (empathy)

4.       Disiplin (discipline)

5.      Menolong (helping)

6.      Tidak pentingkan diri (selfish)

 

Dan saya yakin, masih banyak lagi nilai (values) atau moral di dalam cerita tersebut.

 

Soalan untuk anda. Bagaimanakah  nilai tersebut mampu di terjemahkan di dalam kehidupan suami isteri tadi? Darimanakah datangnya nilai prihatin, simpati, ingin membantu, tidak mementingkan diri, konsep suka memberi, disiplin tersebut? Adakah ianya pengaruh dari luar?

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Principles of Success in the Light of the Seerah

Effective Leadership principles of Prophet Muhammad (s)It is a well-known fact that the Prophet of Islam (saw) was the supremely...

Close