TABIATThe 4th Alternative

Beza menggunakan The 3rd Alternative dan The 4th Alternative

S: Apa beza menggunakan The 3rd Alternative berbanding The 4th Alternative? Bukankah kita juga yang perlu membuat keputusan?
J: The 4th Alternative ialah premium yang pasti memberi kesan premium. The 3rd Alternative hanya pakej sederhana.

Jawapan panjang:

Bagi individu yang tidak yakin dengan Tuhan, The 4th Alternative dirasakan tidak penting kerana individu tersebut perlu berusaha untuk membina solusi sendiri (My Solution), memahami solusi orang lain (Your Solution) dan mencapai solusi sinergi (Our Solution).

Namun perlu difahami bahawa samada seseorang itu percaya atau tidak kepada Tuhan, Tuhan tetap melaksanakan tugas menyusun atur alam ini. Jika sebuah server tidak tahu ia diatur oleh seorang manusia, manusia tersebut tetap mengaturnya agar tidak rosak atau hang dalam operasi seharian. Malah Tuhan adalah melangkau perspektif dan dimensi makhluk biasa.

Kesan yang boleh diperhatikan

Namun menggunakan 5 sumber hujah iaitu:

  1. Dalil naqli
  2. Dalil aqli
  3. Dalil hissi (deria)
  4. Dalil fitri (fitrah)
  5. Dalil tarikhi (sejarah)
kita akan nampak bahawa individu yang mempunyai Tuhan dan percaya kepada-Nya akan bertindak berlainan dengan yang tidak percaya pada Tuhan. Malah kalau seorang itu Muslim tetapi kurang percaya pada Allah dan rukun iman, produktiviti harian tidak sama dengan mereka yang benar-benar percaya lantas dijelmakan dalam kehidupan seharian.
Sebagai contoh, apabila seseorang itu solat, ia akan tercegah dari perkara keji dan munkar. Ini ialah hujah naqli yang perlu dilihat dalam sejarah kehidupan manusia. Kalau keji dan munkar masih dilakukan, ini bermakna solat yang dilaksanakan masih tidak sempurna atau kurang diterima oleh Allah. Malah apabila ia dilaksanakan secara khusyuk, ia sepatutnya memberi kesan kepada diri di peringkat fizikal, intelek dan emosi. Emosi mereka yang beribadat lebih terkawal dan tidak cepat hilang arah.
Kesan di tempat kerja
Kalau di tempat di tempat kerja, individu yang menggunakan The 4th Alternative tidak mudah tertekan kerana beliau ada tempat mengadu. Pelbagai sumber naqli iaitu Quran dan Sunnah akan menjadikan cara berfikir beliau berbeza dan mampu melihat sesuatu di peringkat jauh. 6 rukun iman yang ada dan dipercayai akan memberi cara pandang dunia (worldview) yang lebih luas .
Sebagai contoh, kalau hak diri tidak dihormati dan ia tidak melibatkan hak Allah, maka seorang yang dikutuk atau dihina akan melihat bahawa tempat pengadilan yang sebenar ialah di akhirat. Kalau dalam kehidupan tiada contoh yang mampu dicontohi, maka beliau boleh merujuk kepada sunnah atau contoh yang ditunjukkan oleh Nabi. Inilah kekuatan individu yang menjadikan alternative ke-4 sebagai solusi kehidupan. Solusi ke-4 ini mencakupi nilai spiritual – diringkaskan dengan ikhlas pada Allah dan mengikut sunnah serta syariat Nabi Muhammad.
Kesan dalam keluarga
Dalam keluarga, seseorang yang mempunyai teknik The 3rd Alternative akan berbincang mencari solusi apa-apa cabaran dan tugas yang perlu dilaksanakan. Bagi individu yang menggunakan The 4th Alternative, beliau akan sentiasa mencari kebenaran dan merujuk kepada Maha Pencipta. Salah satu perkaranya ialah individu tersebut mengambil kira kehendak Allah (mashiatullah) dalam segenap apa yang dilakukan. Secara praktikal, janji adalah satu keterikatan sesama hamba dan boleh berlaku hanya dengan izin Allah.
Jadi dengan meletakkan timeline atau perancangan dalam membina legasi, melaksanakan pelbagai kerja, menyelesaikan ujian dan cabaran, mencari sumber dan bertindak dalam kapasiti masing-masing adalah dengan izin Allah. Apabila ia dirancang bersama dan dapat dilaksanakan bagi membawa manfaat, ia adalah tanda mesej dari Allah. Jika ada kekangan, ia mesej dari Allah bahawa ada sesuatu yang perlu disemak samada di peringkat apa yang dibuat, bila ia dibuat, bagaimana ia dibuat atau siapa yang buat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Semua berubah untuk lebih baik

S: Semestinya semua perkara perlu cari OS dan HS? J: Ya walaupun kita biasa dengan MS dan YS. Jawapan panjang: Prinsip

Close