2 filem yang menarik perhatian


Saya menonton 3 Abdul minggu lepas. Minggu ini saya menonton Alangkah Lucunya Negeri Ini.

Saya belajar apa erti marah. Saya belajar apa erti potensi manusia. Kedua-duanya dalam filem tersebut.

Kisah Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub adalah sebuah filem. Namun satu perkara yang melatari filem tersebut ialah tentang bagaimana marah boleh menyebabkan seseorang hilang maruah dan harga diri. Dalam dunia sebenar, marah boleh menyebabkan agama pun hilang.

Manakala dalam filem Alangkah Lucunya Negeri Ini, setelah pak haji memilih untuk menghalang si anak membantu si anak pencompet, maka anak mudah bertiga itu kembali kepada rutin asal untuk mencari ‘wang halal’. Adakah itu sahaja caranya atau ada perkara lain yang boleh difahami dalam menguruskan potensi manusia. Kekadang hukum yang kita fahami itu tidak benar-benar tepat sehingga si anak pencompet dalam kisah itu terbiar, dan 3 anak muda yang mengambil inisiatif itu akhirnya kembali ‘tidak menghargai hidup’ – terutamanya Sul dan Pipit.

Banyak cara lain untuk mendapatkan wang halal, namun tidak semestinya apa yang sedia ada benar-benar salah – kalau yang ditinggalkan itu makin buruk atau tidak membawa kepada nilai yang baik.

Pemerhatian di atas bukanlah segala-galanya. Namun 2 filem itu mencetuskan naluri untuk mempersoal: mampukah aku memahami marah dan potensi, lantas diatur hidup ini agar jangan terjual atau menjual negara?

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Marah dan ‘pause’

Dalam kajian yang dibuat pada Meeting of the Associated Professional Sleep Societies LLC , tidur dikaitkan dengan kemampuan untuk membuat penilaian kognitif...

Close