Trip Kali Ini Kurang Foto


Sesi Edutour yang lepas adalah kali pertama saya terlibat dengan Edutour dengan al-Quran. Ia berlaku pada 6-11 April 2017. Pada sesi lepas, banyak gambar dan status Facebook saya kemaskini. Pada sesi lepas, power bank tidak cukup mengecas telefon.

Kali ini, trip ke Jogjakarta ini sedikit berbeza. Saya sudah menyiapkan 2 power bank. Namun ia tidak digunakan secara optimum. Saya amat kurang mengambil gambar dan mengemaskini status di Facebook. Trip kali ini kurang foto.

Adakah kerana tiada Ustaz Harfiz yang biasa mengambilkan foto untuk saya dulu? Tidak juga. Ada ramai boleh membantu kali ini. Sehinggakan salah seorang peserta bertanya, “Tuan Fazrul tidak mahu ambil foto?” Saya geleng kepala seawal sampai di Lapangan Terbang Adisucipto. Saya cuba elakkan kerana mereka ingin memgambil gambar di depan gambar ‘tugu berhala.’

Saya mendengar dulu dalam sebuah ceramah – bahawa Nabi dan sahabat berjalan cepat dan tidak senyum melewati kawasan yang pernah turun azab sebelum ini. Malah piramid di Mesir juga, sebagai satu contoh kezaliman, yang tidak wajar untuk disekalikan dengan senyum ketika bergambar. Ini sebagai satu tanda tidak suka kepada syirik dan kezaliman yang ada.

Antara Asnaam dan Tamasil

Saya mendengar dari Pak Kiyai Fahmi Basya perbincangan istilah asnaam dan tamasil. Kata beliau ada beza antara asnaam dan tamasil.

Lantas saya mengkaji selepas balik dari Jogjakarta.

Ada 5 kali diulang perkataan asnaam dalam Quran. Istilah tamasil diulang 2 kali dalam Surah al-Anbiya’ dan Saba’

Berikut ialah 2 lokasi penggunaan tamasil:

Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: Apakah hakikatnya patung-patung (tamasil) ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya? (21:52)

Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (34:13)

Dalam ayat pertama, Nabi Ibrahim mempersoalan tamasil. Beliau menyatakan menyembah tamasil ialah kesesatan yang nyata. Nabi Ibrahim menghancurkan asnaam dalam peristiwa berikutnya serta mendoakan agar keturunanya dijauhkan dari asnaam.

Manakala dalam Surah Saba’, golongan jin membina bangunan dan tamasil untuk Nabi Sulaiman.

Apa kesimpulan saya?

  1. Tamasil boleh jadi potensi menjadi asnaam – sebagaimana kisah pada zaman Nabi Ibrahim. Padahal yang dimusnahkan oleh Nabi Ibrahim ialah asnaam.
  2. Tamasil dibina oleh jin.

Jika Borobudur itu tamasil, ia kemungkinan dibina oleh jin – dengan gaya pembinaan yang amat hebat teknologinya.

*****

Saya tidak banyak mengambil foto kerana apa sahaja patung saya lihat berpotensi menjadi berhala – walaupun ada 2 istilah dalam Quran : tamsil dan asnaam. Jika ia adalah tamsil, ia tidak sama dengan istilah asnaam. Asnaam sudah tentu jelas kesyirikan kepada Allah.

Apa maksud asnaam?

Untuk lebih selamat, saya tidak akan bergambar dengan tamsil atau asnaam.

Contoh tamsil di Borobudur ialah seperti berikut:

Fikiran Makin Fokus

Semasa dalam perjalanan ke Candi Borobudur, semua peserta banyak soalan kepada Kiyai Haji Fahmi Basya. Penerangan beliau menyebabkan peserta tidak memberi perhatian apa yang ada di luar bas. Bas berjalan dan berhenti tanpa diberi perhatian. Amat fokus.

Sepanjang perjalanan ini, saya amat fokus pada 2 perkara:

  1. Pada hari 1-3: fokus pada modul tadabbur dan tahfiz.
  2. Pada 4-6: fokus kepada istilah tamsil dan asnaam yang membawa kepada diskusi Candi Borobudur.

Modul Tadabbur & Tahfiz

Pada hari 1-3, saya memfokuskan kepada modul Tadabbur. Saya sepatutnya membawa modul Berinteraksi dengan Quran secara penuh. Namun saya menukarnya sikit apabila berdiskusi dengan Ustaz Ambiya. Beliau yang membawa modul Hafazan, digabungkan dalam kami memahami Surah an-Naml.

Saya kagum. Saya rasa amat tertarik untuk melaksanakan modul gabungan Tadabbur – Tahfiz kerana beberapa perkara:

  1. Saya nampak hafazan amat mudah apabila dibuat bersama-sama. Ia ada kaitan dengan semangat dan komitmen. Apabila berseorangan, ia mudah jatuh semangatnya terutama kalau sibuk sebagai seorang dewasa. Apabila sudah dapat kemahiran hafaz ini secara berkelompok, ia boleh dilaksanakan bersendirian.
  2. Kemahiran trainer menguruskan semangat peserta membaca dan mengulang ayat Quran – ini penting untuk terus membaca hingga hafaz.
  3. Apa kesan hafaz? Tadabbur tazakkur setiap masa! Jika tidak, ia hanya dapat dilaksanakan pada masa tertentu sahaja.
  4. Modul 5 blok dalam satu halaman – disiapkan oleh Cordobana amat membantu.
  5. Antara menjelaskan maksud ayat secara ringkas dan melaksanakan tadabbur secara mendalam – tadabbur mendalam amat membantu kefahaman lantas memudahkan hafazan. Lantaran tadabbur ini tidak pernah habis kerana ada pelbagai tahap (Level 1-Level 8), maka hafazan amat membantu untuk tadabbur pada peringkat yang lebih tinggi.
  6. Teknik hafazan ini akan ‘push’ diri trainer untuk hafaz bersama. Ia bukan sekadar memerlukan trainer menghafaz dulu, kemudian mengajar. Ruang mengajar itu memberi semangat untuk diri menghafaz bersama. Lupa ? Lambat ingat? Itu ada kaitan dengan fokus semasa dan selepas mengajar untuk menghafaz ayat tersebut.
  7. Sesi menghafaz itu boleh menjadi ruang berkualiti untuk membina jalinan antara suami-isteri, ayah-anak dan kawan-kawan.
  8. Tidak pandai membaca? Saya melihat syarat asas ialah boleh membaca walaupun merangkak. Ini disebabkan dalam slot ini, boleh baca bersama-sama. Namun ini ialah tekaan saya. Saya akan cuba dapatkan feedback daripada peserta yang tidak pandai membaca.
  9. Tidak pandai hafaz? Bukan kita yang mampu mengumpulkan Quran dalam diri kita. Motivasi Surah al-Qiamat amat penting di sini.
  10. Tidak pandai bahasa Arab dan tadabbur? Allah janjikan Quran ini dimudahkan dalam Surah al-Qamar.
  11. Ulangan menggunakan pergerakan berbeza amat membantu untuk hafazan.

Cadangan tambahan saya

Selain daripada poin di atas, sesuatu yang boleh ditambah untuk modul Tadabbur – Hafazan ini ialah:

  1. Peserta tulis ayat
  2. Peserta menulis tadabbur ayat
  3. Peserta diskusi tadabbur ayat
  4. Peserta didedahkan dengan pelbagai disiplin ilmu ke belakang (sejarah) dan ke depan (pelbagai ilmu semasa) untuk mereka melihat keagungan al-Quran. Mungkin ini sahaja mereka berinteraksi dengan Quran seintensif begini.

Candi Borobudur: Tamsil atau Asnaam?

Sebelum saya ke Jogjakarta, saya menganggap Borobudur ialah tempat berhala. Ia berlaku begitu sehinggalah Ustaz Agus menyatakan bahawa ada beza antara tamsil dan asnaam dalam Quran.

Berikut ialah beberapa perkara saya fikirkan:

  1. Samada tamsil atau borobudur, saya tidak akan suka mengambil gambar kerana ia ‘mengelirukan’.
  2. Namun idea tamsil amat menggamit perasaan dan intelek saya. Jika tamsil dikaitkan dengan Zabur, ia akan menjadi lebih menarik.
  3. Saya ke Borobudur, perasannya tidak sama seperti saya ke kuil. Di kuil banyak patung-patung pelbagai bentuk. Namun di Borobudur, ia fokus kepada beberapa figur yang lebih kurang sama sahaja. Ada mesej konsisten yang ‘dilukiskan’ di Candi Borobudur ini.
  4. Fakta-fakta dari Kiyai Fahmi Basya menyebabkan saya perlu berfikir dan mengkaji bukti lebih mendalam. Ia amat mencengangkan, namun yang pasti satu: saya patut lebih tercengang dengan mukjizat al-Quran memberiĀ highlight semua perkara itu.

Kerana tercengang dengan fakta-fakta dalam al-Quran yang saya tidak tahu sebelum ini, saya tidak sempat banyak berfoto.

 

 

 

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Kisah Alpukat

Dalam trip ke Jogjakarta, trip kedua sampai agak lewat. Penerbangan jam 9.30 am teranjak kepada jam 10.30. Hampir jam 1...

Close