Tips untuk bakal doktor

Saya baru habis berkongsi dengan kumpulan pelajar yang habis praktikal 2 bulan di sebuah universiti. Mereka akan menyambung kembali praktikal mereka di hospital berlainan untuk pusingan kedua minggu hadapan. Saya dapati kisah mereka mengikuti praktikal amat menarik. Saya sedar bahawa mereka ingin jadi doktor cemerlang tetapi ada sesuatu yang hilang. Saya bekalkan tips CASIC untuk mereka.

Connect dengan Bercerita

Salah satu masalah yang dikongsikan semasa sesi tersebut ialah tentang ‘apakah topik yang ingin menjadi tajuk bualan’ ketika melaksanakan tugas ward around atau memeriksa di klinik atau hospital. Atau ketika bertemu klien semasa membuat penilaian makanan atau kebersihan, apakah cara terbaik.

Cerita.

Bercerita mampu memberi sentuhan emosi kepada klien berbanding fakta dari buku teks yang sedang dihabiskan oleh bakal doktor ini. Ketika saya menceritakan bahawa saya mempunyai masalah ‘tendon’, riak wajah mereka amat terserlah peritnya. Namun saya sendiri tidak rasa ‘bahaya’ dengan perkara tersebut. Ini menunjukkan fakta tendon tidak saya fahami dengan baik – apatah lagi kalau ada pakcik makcik bersuia 50-an datang dari kampung pedalaman jika diajukan istilah -istilah pelik.

Acknowledge pada Emosi

Seorang pensyarah melakukan pemerhatian kepada salah seorang yang melaksanakan analisis kepada pesakit yang tua – diserang sakit jantung kerana polis datang malam sebelumnya untuk memeriksa si anak.

“Makcik sakit pukul berapa? Kat maka sakit?”

Komen si pensyarah: si pelajar ini tidak pun bertanya pasal si anak tadi – malah terus sahaja ditanyakan soalan-soalan berkaitan sakit

jantung si makcik itu tadi. Bertanya sakit di bahagian mana dan pukul berapa adalah soalan intelektual – sering terpacul pada individu yang sedang dan baru habis belajar. Namun kalau ditanyakan “anak makcik ok ke ? apa yang berlaku ? Makcik setakat nie harap boleh bertenang. …” sudah tentu ia banyak membantu si makcik yang panik lantas diserang skait jantung. Beza antara mengiktiraf pada aspek intelek dan emosi.

Serve dengan ‘mendengar’

Bagaimana membantu dan berkhidmat kepada pesakit ?

Salah seorang peserta program menjawab ‘lend my ears’ atau mendengar apa yang diperkatakan oleh pesakit. Kalau ia tidak diambil kira, maka si pesakit tentu akan terus ingin menerima ubat padahal banyak masalah sakit adalah disebabkan  masalah emosi dan spiritual dalam diri.

 

Inquire & Choice

Salah seorang peserta bertanya,

“Berapa lama kita perlu beri masa untuk mendengar ? Saya perasan ramai doktor sibuk dan tidak sempat untuk mendengar pesakit. Pesakit ramai.”

Tidak semestinya sejam. Dan tidak semestinya 1 minit. Tiada had masa tetapi apa sahaja peluang, cuba digunakan. Kalau tidak mampu mendengar habis kerana sibuk, tanya dan berilah pilihan.

“Pakcik nanti tanya doktor ya.”

“Kalau kita jumpa lagi, kita sambung ya.”

“Saya ada tugas kejap. Kita jumpa lagi ya makcik.”

Ini akan menjadikan sahsiah seorang doktor akan menenteramkan si pesakit. Ia akan mengangkat status seorang doktor yang mampu memberi terapi dengan sahsiahnya, bukan hanya mengharapkan ubat Kementerian Kesihatan Malaysia atau bimbang dengan bil yang melambung kalau ke klinik swasta.

 

 

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Antara membina keluarga dan sistem keluarga

"Ayah nie ... Asyik kerja sahaja..." "Bila lagi ingin bermanja. Orang lain ada pergi jalan-jalan." Bagi sebuah keluarga, berapa banyak

Close