Mengembalikan MH

Pada pagi Sabtu ini, saya kembali menyemak program-program yang pernah saya buat pada masa lepas – hasil dan harap ia diterima oleh Yang Esa. Salah satu program yang memberi kesan kepada saya semasa pelaksanaannya ialah MH – Madrasat-ul-Hayaah (MH).

Ia dilaksanakan pada tahun 2004 dengan kumpulan pelajar lepasan SPM. Program selama sebulan itu amat manis dan menarik kerana antara cabaran kepada peserta ialah untuk menyambut Raya Haji di pusat latihan di Segamat. Itu amat manis kerana ia seperti duduk di ‘oversea’ tetapi masih berada di Malaysia. Seramai lebih kurang 20 orang yang mengikutinya. Walaupun target kepada pelajar lepasan SPM, namun ada beberapa orang yang bukan pelajar lepasan SPM. Saudara Malik dari Sarawak yang kini menulis buku Ruqyah di bawah PTS, adalah salah seorang yang baru sahaja tamat kursus psikologi dari Indonesia.

MH SPM tersebut berakhir dengan jaya dan sebuah buku dihasilkan. Itulah Hidup Zero Alasan – ditulis bersama Saudari Raihan (kini habis dari UIA bahagian undang-undang) dan Najwa (habis di UIA dan kini sudah berumahtangga). Royalti tidak banyak, tetapi dari segi kepuasan dan jemputan kepada Raihan dan Najwa untuk membahaskan buku tersebut memberi satu nafas jaya dalam hidup ini.

MH seterusnya ialah untuk pelajar IPT. Juga sebulan. En Ariff yang sekarang bersama Total Success adalah hasil daripada program tersebut.

Isi kandungan MH

Antara isi kandungan MH yang utama ialah:

  • Perbincangan tauhid dan pembinaan pemikiran Islam
  • Pemikiran Sistemik
  • Bercucuk tanam dan menternak
  • Kemahiran IT
  • Kemahiran menulis dan mengkaji
  • Kemahiran berucap
  • Main dan masak
  • Kemahiran menjadi fasilitator
Topik-topik di atas tidaklah sekritikal kepentingan intruktor yang hidup bersama dengan mereka dan dapat berkongsi erti kehidupan. Itu amat penting yang dirasakan walaupun program hanya sebulan. Kesan program tersebut menatijahkan beberapa orang yang sudah habis belajar di IPT berminat untuk meneruskan kerja di pusat latihan tersebut.
Latihan dengan space learning
Dahulu saya tidak tahu apa istilah space learning. Namun kini setelah lama dan berjinak dengan dunia latihan lebih luas dan berasaskan kajian, apa yang berlaku dalam MH banyak memberi ruang untuk peserta memproses dan mempraktikkan sesuatu kefahaman dan kemahiran. Ini dinamakan space learning.
Setelah 7 tahun meninggalkan MH, saya bercadang untuk mengembalikan semula. Saya tahu ada pihak lain yang menggunakan nama hampir sama. Saya amat suka idea itu dilaksanakan lebih luas. Cuma saya mengharapkan jangan nama sahaja diambil tetapi diambil dengan konsepnya sekali. Elemen emosi perlu diambil bersama elemen intelektual program tersebut untuk memberi natijah spiritual yang mantap.
MH versi baru
Apakah perubahan yang saya akan buat kalau ada pihak yang ingin mengendalikan MH atau ada peserta yang berminat ?
Berikut tambahan atau perubahan yang saya ingin laksanakan:
  • Teknik MasterPIES  – berkaitan modul Surah al-Kahf
  • Teknik CASIC
  • Teknik membina legasi
  • Kemahiran mengurus dan melaksanakan dakwah. Dua perkara yang hampir sama tetapi amat berbeza.
  • Praktikal bisnes online/ offline
  • Konsep coaching
Saya harap dapat laksanakan tahun ini atau paling lewat tahun depan insha-allah.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Tips untuk bakal doktor

Saya baru habis berkongsi dengan kumpulan pelajar yang habis praktikal 2 bulan di sebuah universiti. Mereka akan menyambung kembali praktikal

Close