Siapa yang perlu datangkan bukti?

Konsep tabayyun dalam Islam amat menarik sebagai asas untuk mengelakkan konflik sosial sebagaimana dalam Surah al-Hujurat. Ia juga kaedah bagaimana menaakul sesuatu permasalahan yang wujud dalam kehidupan seharian.

Baru-baru ini timbul isu Dr Sidek Baba menyatakan sesuatu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Komen berikut diberi oleh Dr Hafidzi.

2013-04-08_144806

 

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan perkara di atas?

Dr Hafidzi mempersoalkan Dr Sidek Baba yang menyatakan sesuatu tentang perlakuan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Inilah konsep tabayyun.

2013-04-08_150121
Kotak merah adalah perkara yang sepatutnya tidak berlaku jika mengamalkan konsep tabayyun

Secara ringkas, kalau ada seseorang menyatakan sesuatu yang betul atau tidak yang menjatuhkan maruah seseorang, pihak ketiga perlu melaksanakan tabayyun. Ini akan mengelakkan banyak lagi keburukan orang lain samada betul atau tidak disebarluaskan.

Jika Dr H tidak percaya Dr S, Dr H tiada tanggungjawab untuk datang ‘menghadap’ Dr S untuk mendapatkan bukti atau penerangan. Tanggungjawab Dr S untuk menghadirkan bukti jika benar beliau ingin menyatakan DS A melakukan sesuatu yang tidak baik.

Hati mungkin akan mudah untuk menuduh apabila ada sesuatu yang tidak kena dalam kehidupan, namun simpankan ia dalam hati dan bersihkan dahulu. Apabila ia dikeluarkan di khalayak, maka yang mengeluarkannya dipanggil ‘yang menuduh’. ‘Yang menuduh’ mempunyai tanggungjawab yang besar kepada khalayak.

Moga Allah mengampuni kita dan memandu kita pada zaman penuh dengan fitnah ini.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Membuat keputusan yang baik

Sejurus selepas keluar Decisive oleh Chip & Dan Heath, saya lantas mendapatkannya dan menganalisa isi kandungan. Amat menarik. Ia menerangkan

Close