Author: Fazrul Ismail

MDSKoleksi ST-Gallery

Kata Pengantar Muhaqqiq MDS

Kitab yang ada di hadapan pembaca yang mulia merupakan salah satu buku yang ditulis oleh seorang pengarang besar iaitu Ibnu Qayyim al-Jauziyyah. Sebuah tulisan yang sarat dengan faedah , ilmu, nasehat-nasihat yang banyak diambil oleh para ulama sesudahnya, dipelajari para ahli fikih, dan disinggung oleh para khatib dalam khutbahnya. Dia menguasai berbagai bidang ilmu pengetahuan, ustaz dalam ilmu fikih, menguasai ilmu aqidah, seorang kritikus kerana menguasai ilmu Jarh wa Ta'dil, seorang yang zuhud dan wara', argumentasinya sangat memuaskan lawan, juga menguasai bidang ilmu falak, dan pengetahuan alam secara umum.

Read More
SistemikKoleksi ST-Gallery

Siapkan umat Islam dengan PEMIKIRAN mantap!

Dalam al-Quran, Allah berfirman dalam menuju kemenangan:

 8:60. Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

Menurut Prof. Dr. KH. Didin Hafidhuddin (KHDH), salah satu persediaan itu ialah aspek PEMIKIRAN!

Read More
SistemikKoleksi ST-Gallery

Malaysia – US, US – Malaysia

Sejak dua, tiga hari ini, saya suka mendengar kuliah dan ceramah yang disampaikan oleh pemceramah-penceramah dalam program di US dan Kanada. Saya dapatkan dari Youtube, daripada simpanan cakera keras dan pelbagai sumber lain. Saya ingin mengembalikan kesungguhan dahulu mencari ilmu yang saya rasakan agak berkurangan setelah balik dan bekerja di Malaysia. Bukan salah Malaysia, tetapi diri saya yang kurang berdisiplin untuk mengkaji dan mendalami ilmu yang ada. Atau mungkin kerana suasana yang berbeza? Saya akan analisiskan di sini untuk saya berkongsi dengan umum tentang perbezaan perspektif boleh menukar gaya dan bawaan seseorang. Saya perlu mengambil pengajaran ini agar ia akan membuahkan pedoman selepas ini kepada diri saya – apatah lagi dalam mendepani cabaran dakwah yang membesar.

Read More
Koleksi al-MuntalaqKoleksi ST-Gallery

Towards 2020

After a week in California, I manage to be in the mosque since I couldn't do so due to the transportation problem. Alhamdulillah. Now I am thinking about my Avanza, which had been letting go. I met Supriyanto, an Indonesian guy who has resided here for 8 years. He brings me back by his Ford Explorer. He said he bought the car for only $3K. I will grab that kind of car if I have the opportunity. Insya-Allah. At the same time, I need to plan. How's my 2020?

Read More
Koleksi ST-GalleryKoleksi al-Muntalaq

Bila jiwa ini terbang ke sana…

Apabila mendapat surat dari USC, saya rasa semacam terbang nampakkan bumi US sana. Sememangnya selepas satu fasa ujian di atas bumi ini, perlukan penghijrahan walaupun buat sementara waktu. Hijrah di dunia ini tidak kekal bahagia. Cuma ia akan mengubah bagaimana kita melihat dan berinteraksi dengan hidup. Hijrah bukanlah untuk mengelak diri tetapi untuk membetulkan langkah, menguatkan jati diri dan mampu pergi lebih jauh. Saya merasakan jiwa seakan terbang. Dan mungkinkah sahabat merasa terbang apabila mendengar negeri hijrah yang kekal – syurga? Apabila saya mendapat tahu surat USC sudah tiba, saya makin bersemangat untuk kerja di atas muka bumi Malaysia ini. Saya tidak ada option lain kecuali untuk membuat yang terbaik di atas muka bumi ini. Mungkin inilah yang mirip kerinduan untuk ke syurga atau bertemu Allah…

Read More