Antara Jantung dan Hati
Akibatnya kita telah tersalah terjemah ungkapan “sweet-heart” sebagai “buah hati” yang sepatutnya “buah jantung” kerana heart itu ialah jantung – bukan hati ! Begitu jugak istilah “broken-hearted” bukanlah “patah hati” tetapi lebih tepat lagi disebut “patah jantung” !
Dalam Islam sendiri perkataan heart itu dirujuk kepada jantung – bukan hati. Misalnya dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “qalb” atau kalbu. Apakah yang kita maksudkan “kalbu” itu sebagi hati atau jantung ? Nabi kita Muhammad s.a.w pernah berkata, “Dalam diri manusia ada seketul daging yang jika baik daging itu akan baiklah orang itu; begitu juga sebaliknya.” Apakah maksud “seketul daging” itu hati atau jantung ? Nyatalah ulama kita kita telah menterjemahkan seketul daging itu sebagai “hati” (liver) yang sepatutnya “jantung” (heart).
Lagi satu contoh: ketika Nabi Muhammad masih kanak-kanak, malaikat telah membelah dadanya untuk membersihkan satu organ dalamannya. Apakah yang dibersihkan oleh malaikat itu jantung atau hati ? Jika organ itu hati kenapa pulak malaikat membedah dada nabi sedangkan hati (liver) bukannya terletak di dada…….. …..Oleh itu nyatalah malaikat telah membersihkan jantung Nabi yang terletak di dada !
Apakah sama perkataan “sakit hati” dengan “sakit jantung” ? Di sinilah letaknya kekeliruan kita !! Apa pendapat anda semua ?
